Selasa, 14 Februari 2017

7 Perkara Yang Anda Mungkin Tidak Mengetahui Mengenai St. Valentine


Anda mungkin mengetahui amalan tradisi Hari Valentine: menghadiahkan gula-gula, bunga ros dan kad ucapan. Tetapi berapakah yang anda tahu mengenai St. Valentine, orang yang telah menginspirasikan hari yang merayakan cinta? Walaupun butir-butir mengenai hidupnya sukar untuk disahkan, ketahuilah beberapa fakta yang mengejutkan mengenai santo (atau santo-santo) di sebalik perayaan itu.

1. Terdapat lebih daripada sepuluh orang St. Valentine dalam kurun-kurun yang lepas, dan terdapat perbahasan mengenai siapakah yang telah menginspirasikan hari cuti yang kita kenal hari ini. Terdapat juga seorang Paus Valentine, yang hanya berkhidmat selama sebulan pada 827 T.M.

2. Ada dua kisah mengenai dua Valentine yang mungkin telah menginspirasikan hari cuti ini. Satu kisah mengatakan bahawa dia adalah seorang paderi gereja di Rum yang telah dipukul, dilontar batu dan dipenggal kepala atas arahan maharaja Claudius II kerana membantu pasangan-pasangan Kristian untuk berkahwin pada waktu undang-undang Rum melarang orang-orang muda untuk berkahwin. Satu kisah lagi mengatakan bahawa dia adalah Biskop Terni (dalam kisah itu dia juga dipenggal kepala dekat Rum oleh Claudius). Kedua-dua kisah itu mungkin benar. Ada yang berpendapat bahawa ada dua paderi dengan nama yang sama pada waktu itu. 

Valentine yang ketiga, yang mati syahid di Afrika, juga hidup pada waktu yang hampir sama, tetapi hampir tiada apa-apa diketahui mengenainya. 

3. Hari perayaan St. Valentine telah ditetapkan pada 14 Februari pada 496 T.M. oleh Paus Gelasius I. Hari itu tidak ada konotasi romantik pada waktu itu. 

4. Walaupun Hari Valentine paling dikaitkan pada hari ini dengan cinta dan suasana romantik (dia adalah santo penaung untik pasangan-pasangan yang bertunang, perkahwinan bahagia, cinta dan kekasih), dia juga adalah santo penaung untuk penjaga-jaga lebah, sawan, pitam, ucapan, bencana, pengembara-pengembara dan orang-orang muda.




5. Lagenda menyatakan bahawa pada hari penghukuman matinya, St. Valentine menulis sepucuk surat kepada anak perempuan penjaga penjara, yang telah disembuhkannya dari kebutaan. Dia dikatakan telah menandatangani nota itu, "from your Valentine" (dari Valentine-mu), yang dikatakan sesetengah orang telah membawa kepada idea seorang lelaki merayu kepada hati seorang gadis dengan meminta agar dapat menjadi Valentine-nya.

6. Dalam lukisan-lukisan artistik mengenai St. Valentine, dia sering disertai oleh bunga-bunga ros dan burung-burung.

7. Cukup banyak kecelaruan yang masih wujud mengenai peristiwa-peristiwa dalam hidup St. Valentine sehingga bermula dari 1969, Gereja Roman Katolik telah mengeluarkannya daripada senarai santo untuk penghormatan secara sejagat. Namanya masih muncul dalam senarai Gereja untuk santo-santo yang diterima untuk penghormatan setempat, dan dia masih disayangi oleh ramai orang.  

(Diterjemah oleh SDP daripada artikel Guideposts bertajuk "7 Things You May Not Know About St. Valentine")