Khamis, 9 Februari 2017

Denzel Washington: Seorang Wanita Pernah Bernubuat Bahawa Saya Akan Mengkhabarkan Injil Kepada Jutaan Orang


Pelakon Denzel Washington baru-baru ini telah menjadi tetamu di Access Hollywood, dan telah menceritakan satu kisah yang menarik mengenai satu pertemuan selepas dia gagal lulus dari kolej. Pada suatu hari, ketika dia berada di salun kecantikan ibunya, seorang wanita memberitahunya sesuatu dan kemudian menuliskan baginya satu nota. Beginilah kisah yang disampaikan oleh Washington.

Hari itu 27 Mac 1975. Saya mula berlakon empat bulan kemudian. Dia berkata, "Kamu tahu, anak muda, kamu akan menjelajah dunia dan berbicara dan mengkhabarkan Injil kepada jutaan orang... 
Dia berkata begitu, dan dia menulis perkataan "nubuatan." Kemudian emak saya menulis "pengkhabar Injil." Kemudian saya menulis nama saya. Ianya di atas sampul surat berwarna biru; saya masih memilikinya. Jadi setelah wanita itu pergi, saya bertanya ibu saya, "Siapakah wanita itu?" Dia menjawab, "Dia salah seorang anggota gereja tertua di kota ini, dan dia dikenali memiliki karunia nubuatan." 
Itulah yang seharusnya terjadi dalam hidup saya. Dia sebenarnya telah mengucapkannya... bukan sesuatu yang saya lakukan, ianya adalah kerana anugerah Tuhan. 

Dia menambah, "Saya bukan di sini untuk mengatakan bahawa saya telah melakukan semua hal yang betul," sambil tertawa dan menyatakan bahawa hidupnya mengalami jatuh bangkit.





Washington dikenali lantang bersuara berkenaan imannya. Baru-baru ini dia telah menjadi tetamu rancangan temubual T.D. Jakes, dan menjelaskan, "Siapakah yang telah anda angkat? Siapakah yang telah anda jadikan lebih baik? Hari ini. Itulah hasrat hidup saya... saya dalam bidang perkhidmatan. Saya di sini untuk melayani Tuhan. Saya di sini untuk melayani keluarga saya." 

Pada 2015, dia telah menyampaikan ucapan di majlis penyampaian sijil di Univeristi Dillard dan memberitahu penuntut-penuntut, "Utamakan Tuhan dalam segala yang kamu lakukan... Segala yang saya miliki adalah kerana anugerah Tuhan, fahamilah itu. Ianya satu pemberian. ... Saya tidak selalu berpegang pada-Nya, tetapi Dia terus berpegang pada saya."

(Diterjemah oleh SDP daripada artikel Relevant Magazine bertajuk, "Denzel Washington: A Woman Once Prophesied I Would Preach To Millions" bertarikh 8 Februari 2017)