Jumaat, 24 Februari 2017

Sejarah Kebangunan Rohani: Inilah Waktu Untuk Berdoa


Kamus mendefinisikan kebangunan rohani sebagai "pemulihan dalam hidup, dalam kesedaran, dalam semangat, dalam kekuatan." Ianya juga adalah "tindakan menyedari akan sesuatu." Video yang berikut memberikan ringkasan pendik beberapa kebangunan rohani yang besar yang telah dialami di Amerika Syarikat. 

Kebangunan Rohani Besar Pertama - 1730an
(The First Great Awakening)

Pada 1730an, Jonathan Edwards mula berkhutbah di Northampton, MA. Dia diikuti kemudian oleh George Whitefield. Whitefield berucap kepada ribuan orang mengenai kelahiran semula secara rohani, manakala Edwards berbicara mengenai orang-orang berdosa di tangan Tuhan yang mengerikan. Rasa takut akan Tuhan tersebar di jajahan-jajahan Amerika dengan cepat.

Kebangunan Rohani Doa Yang Besar - 1850an
(The Great Prayer Revival)

Pada 1850an, Amerika dalam keadaan rohani, politik dan ekonomi yang merosot. Ianya waktu yang sangat terdesak bagi ramai orang. Pada 23 September, 1857 di Bandaraya New York, seorang lelaki biasa bernama Jeremy Lanphier menyewa sebuah dewan di Jalan Fulton dan mengundang orang untuk datang berdoa semasa makan tengahari. 6 orang hadir pada hari pertama itu. Pada minggu berikutnya ianya 40 orang. Dalam masa 6 bulan, 10,000 orang datang berdoa. Dalam masa beberapa tahun kemudiannya 1 juta rakyat Amerika (dari jumlah keseluruhan 30 juta) telah mengakui iman iman mereka dalam Yesus Kristus. 

Gerakan Yesus - 1970an
(The Jesus Movement)

Pada 1970an, orang ramai datang kepada Yesus pada kadar yang begitu menakjubkan sehingga Majalah Time memaparkan foto satu kebaktian kebangunan rohani yang dipanggil Explo' 72 di kulit muka depannya. Denominasi Southern Baptist telah mencatit lebih banyak baptisan dalam satu tahun semasa kebangunan rohani ini berbanding pada masa-masa lain.  Dalam satu tahun, 400,000 orang telah dibaptis.

Apa yang ingin disampaikan oleh penerbit video di bawah adalah langkah pertama dalam mana-mana kebangunan rohani adalah doa.

Secara khusus kita harus berdoa untuk:

Pertaubatan
Pemulihan Hubungan
Kebangunan rohani peribadi
Kebangunan rohani di masa kita dan di generasi kita.

Jika kita ingin melihat kebangunan rohani di negara kita lagi, kita perlu mula berdoa. Sekarang.





(Diterjemahkan daripada artikel Church Leaders bertajuk, "The History of Revival: It's Time to Pray" bertarikh 1 November 2016)