Jumaat, 24 Februari 2017

"Tolong Jangan Kahwin Dengan Dia"


"Jangan pernah mengahwini seseorang dengan harapan dia akan berubah, Kahwinilah seseorang sebab dia sudah berubah."

Hati saya hiba.

Saya pernah menerima mesej daripada beberapa wanita yang meminta nasihat saya mengenai hubungan pacaran mereka yang disfungsi (tidak berfungsi dengan betul) ketika buku Sacred Search mula dikeluarkan beberapa tahun lalu. Setiap mereka telah mengesan beberapa petanda amaran dalam hubungan pacaran mereka dan menanya saya jika mereka harus rasa risau.

Dalam setiap kes, jawapannya adalah "YA" yang jelas. 

"Terima kasih," ituah jawapan biasa yang saya terima, dan mereka tidak menghubungi saya lagi.

Kini saya mendapat satu siri kedua mesej Facebook, dan oleh kerana Facebook membangkitkan semula perbualan lama, saya diingatkan kembali akan perbualan-perbualan dahulu. 

Ianya membuat saya sedih. Biarlah saya meringkaskan beberapa daripadanya:

"Dia meminta maaf, akhirnya kami berkahwin, dan kini nampaknya saya sahaja yang mengambil berat mengenai perhubungan kami."

"Saya melakukan segala yang saya dapat untuk menyelamatkan perkahwinan saya tapi dia enggan untuk bertemu dengan kanselor."

"Apa yang anda katakan betul. Dia seorang penagih seks."

"Saya sedar sekarang bahawa saya sepatutnya mendengar nasihat. Rupa-rupanya dia seorang homoseks."

Biarlah saya nyatakan ini dengan sejelas yang mungkin:

Perhubungan pacaran yang disfungsi (tidak berfungsi dengan betul) disatukan dalam perkahwinan tidak akan melenyapkan sebarang masalah; ianya hanya mengikat anda dalam perkahwinan disfungsi.

Perkahwinan tidak akan menambah baik lelaki anda. Perkahwinan tidak akan mengubah lelaki anda. (Begitu juga keadaannya dengan seorang wanita). Perkahwinan hanya mengahwinkan anda kepada masalah pasangan anda.

Apabila anda membangkitkan isu penting semasa berpacaran dan lelaki atau perempuan itu merespon dengan menangis dan berkata minta maaf, tiada apa-apa yang berubah. Mereka tertangkap, dan mereka tidak mahu kehilangan anda, tetapi itu tidak bererti mereka akan bertaubat. Itu tidak bererti bahawa karakter mereka akan bertambah baik. Ianya cuma bererti mereka telah menangis.

Itu saja. 

(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel Church Leaders bertajuk, "Please Don't Marry Him" yang ditulis oleh Gary Thomas bertarikh 5 Ogos 2016)