Isnin, 6 Mac 2017

Video Viral Menunjukkan Bagaimana Pastor Raymond Diculik Dalam Kurang Seminit


Rakaman CCTV di bawah menunjukkan penculikan Pastor Raymond Koh Keng Joo yang terancang rapi pada 13 Februari 2017 oleh sekumpulan lelaki di Jalan SS4B/10 Petaling Jaya.





Berikut laporan The Star mengenai video itu:

Rakaman itu menunjukkan tiga kereta SUV hitam atau gelap memaksa Honda Accord yang dipandu oleh Koh untuk berhenti di Jalan SS4b/10 di Kelana Jaya. Kenderaan-kenderaan itu menghadangnya, dengan sebuah berhenti di hadapannya, sebuah lagi ditepinya dan yang ketiga di belakangnya.

Lelaki-lelaki dari ketiga-tiga kereta itu meluru keluar dan sesaat kemudian sebuah kereta sedan berhenti di belakang kereta terakhir yang menghadang kereta Honda Koh.

Sebelum pun kereta sedan itu berhenti sepenuhnya, pintu penumpang depan terbuka dan seorang lelaki meluru keluar dan menyertai gerombolan itu.

Rakaman itu menunjukkan keriuhan di sekeliling Honda Accord milik Koh sebelum kereta kelima berhenti di belakang lagi dan seorang lelaki bergegas keluar dari tempat duduk penumpang depan.

Dia serta-merta memberi isyarat kepada sebuah Myvi, yang dipandu oleh orang awam, untuk undur dari tempat itu.

Kereta Myvi itu kelihatan berundur lebih kurang 50 kaki atau lebih dan seorang yang menunggang motosikal berhenti di hadapannya.

Seorang lagi penunggang motosikal sedang menunggang di sekeliling seolah-olah untuk membuat sempadan di sekeliling tempat kejadian penculikan itu.

Kemudian, semua kereta, termasuk kereta Honda milik Koh kelihatan dipandu laju dari situ.

Seluruh kejadian itu berlaku dalam kurang daripada satu minit.

Koh, 62 tahun, telah diculik dalam perjalanannya ke rumah seorang kawan di Kelana Jaya. Polis telah menjumpai nombor pendaftaran kereta Koh di jalan raya di tempat kejadian.