Khamis, 29 Jun 2017

Seorang Lelaki Mengisahkan Pengalaman Di Syurga dan Bertemu Yesus Semasa Koma Selama 5 Minggu


Dalam satu lagi kisah mengenai pengalaman selepas mati yang akan dipasarkan di kedai-kedai buku, pengarang Steven Musick berkata syurga penuh permandangan yang "sangat cantik"  dan "seperti gambar Definisi Tinggi yang dilipatganda kuasanya," dan bahawa Yesus Kristus kelihatan seperti "seorang ahli angkat berat" atau "seorang ahli bina badan." 

Itu adalah hanya beberapa butiran yang dikongsi oleh Musick mengenai pengalaman selepas mati dalam buku barunya "Life After Heaven: How My Time in Heaven Can Transform Your Life on Earth."  

Bercakap dengan Faithwire, Musick berkata dia hampir mati selepas seorang jururawat menyuntiknya dengan antidot kepada vaksin flu babi, yang sebelum itu telah menyebabkannya kesan alahan yang teruk. Vaksin itu telah diberikan kepadanya bertahun-tahun yang lalu ketika dia masih berkhidmat dengan Tentera Laut Amerika Syarikat. 

Dia berkata dia terus pengsan selepas diberi suntikan itu. Dia kemudiannya mendapat tahu bahawa dia dalam koma (keadaan tidak sedar) selama lima minggu. 

Dalam tempoh masa lima minggu itulah Musick mengingat kembali dia telah pergi ke syurga dan bertemu Yesus.  

"Bahagian yang paling dramatik bagi saya mengenai syurga itu adalah perasaan berada di dalam sukacita yang luar biasa," dia mengingat kembali, dan menambah bahawa "tidak ada apa pun yang boleh saya katakan hari ini yang dapat memberi anda gambaran secukupnya bagaimana keadaannya di tempat itu."  

Musick meneruskan, "Ianya seperti dipegang begitu erat namun bebas sepenuhnya pada waktu yang sama."  

Dia berkata dia mendapati dirinya dalam "kawasan suasana pertanian yang termasuk sepohon oak yang besar, suatu padang gandum yang luas dan bukit-bukau dan gunung-ganang yang beralun-alun."

Tetapi kemuncak "kunjungannya ke syurga" adalah pertemuannya dengan Yesus. Dia berkata mereka telah berjalan bahu ke bahu dan mengadakan perbualan yang sangat menakjubkan. 

"Yesus dalam usia awal 30an, rambut perang yang panjang, bermata perang hazel, berkulit gelap," katanya. "Dia tidaklah bersaiz terlalu besar, tetapi dia bertubuh sasa. Anda akan fikir bahawa dia seorang ahli angkat berat atau ahli bina badan." 

Pada penghujung perbualan mereka, Musick berkata dia berasa "perit" ketika Yesus memberitahunya bahawa dia tidak dapat tinggal terus di syurga.

Serta-merta selepas itu, dia bekata dia terjaga di unit jagaan intensif (ICU) hospital. 

(Dipetik dan diterjemah dari artikel Christian Today bertajuk, "What Do Jesus Christ and Heaven Look Like? Writer Describes Encounter During Coma" yang ditulis Jay Gotera bertrikh 28 Jun 2017)