Jumaat, 28 Julai 2017

2.08 Juta Pekerja Asing Berdaftar Di Malaysia (Januari 2016)


KUALA LUMPUR - Sebanyak 2.08 juta pekerja asing memegang Pas Lawatan Kerja Sementara yang masih sah dan aktif di negara ini.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kenyataan akhbar berkata, statistik itu berdasarkan rekod Jabatan Imigresen sehingga 31 Januari lalu.

"Bilangan ini merangkumi pekerja asing yang bekerja dalam lima sektor formal yang dibenarkan iaitu sektor pembinaan, perkilangan, perkhidmatan, perladangan dan pertanian serta satu sektor informal iaitu pembantu rumah asing.

"Pekerja asing Indonesia seramai 819,773 orang diikuti Nepal (483,908), Bangladesh (272,036), Myanmar (143,623) dan India (135,921)," kata kenyataan itu yang diedarkan di Lobi Parlimen di sini hari ini.

(Diambil daripada artikel Kosmo! bertajuk, "Pekerja Asing Berdaftar 2.08 Juta" Bertarikh 21 Mac 2016)

Baca juga: 7 Juta Pekerja Asing Di Malaysia