Sabtu, 16 Disember 2017

Usaha Radio Kristian Tergendala - Ronnie Vun Meninggal Dunia Semasa Menjalani Rawatan Kanser Di Amerika


Usaha untuk menubuhkan radio stesen Kristian di Sabah tergendala apabila Ronnie Vun yang telah membawa perkara tersebut ke mahkamah, meninggal dunia di Amerika Syarikat pada 16 November 2017 ketika menjalani rawatan untuk kanser.

Anaknya, Vanessa Voon telah memaklumkan di Facebook butir-butir kebaktian penghiburan untuk mendiang ayahnya di Gereja Lakewood, Houston pada 26 Disember 2017. Kebaktian penghiburan juga akan diadakan pada pertengahan Januari 2018 di Kota Kinabalu.


RIP Sdr Ronnie Voon. Usaha murnimu tetap kami kenang.