Rabu, 9 Mei 2018

Google Doodle PRU Ke-14 Sambil Malaysia Turun Mengundi


KUALA LUMPUR, 9 Mei - Jalur Gemilang terpampang di sebuah peti manakala huruf-huruf yang mengejakan Google menari dengan kertas-kertas undi mengelilinginya dapat dilihat pada laman utama Malaysia syarikat gergasi teknologi itu, menandakan pilihan raya yang ke-14 negara. 

Sejumlah 8,253 pusat mengundi telah dibuka pada 8 pagi dengan cuaca cerah untuk 14,449,200 daripada 14,940,624 pengundi berdaftar yang layak membuang undi hari ini.

Yang bakinya terdiri daripada kategori pengundi awal, yang termasuk angkatan keselamatan negara dan para wartawan yang bertugas membuat liputan pilihan raya, dan rakyat Malaysia yang di luar negeri yang layak untuk pengundian secara pos.

Menurut agensi berita nasional Bernama, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menyediakan 28,115 saluran mengundi di pusat-pusat mengundi itu, yang terletak di sekolah-sekolah dan dewan-dewan masyarakat dan serba guna. 

Para pengundi akan mengundi 222 ahli parlimen ke Dewan Rakyat dan memilih perwakilan-perwakilan sejumlah 505 kerusi negeri di seluruh negara untuk lima tahun akan datang dari sejumlah 2,333 calon yang telah menfailkan kertas pencalonan mereka untuk bertanding 11 hari lepas pada 28 April.


Namun begitu, Barisan Nasional telah memenangi satu kerusi negeri, Rantau di Negeri Sembilan pada 28 April selepas SPR menolak bakal calon PKR Dr. S. Streram, yang menyebabkan Datuk Seri Mohamed Hassan, yang merupakan menteri besar sementara, menang tanpa bertanding.

Pengundian berakhir pada 5 petang hari ini dan pengiraan semua kertas undi, termasuk yang secara pos yang telah diletakkan di bawah jagaan polis, akan bermula selepas itu.

SPR menjangkakan 85% pengundi akan turun mengundi pada pilihan raya ini.

(Diterjemahkan daripada artikel Malay Mail bertajuk "A Google Doodle For GE14 As Malaysia Votes Today" yang ditulis oleh Debra Chong bertarikh 9 Mei 2018)