Sabtu, 19 Mei 2018

Seminari Teologi Sabah Merayakan Ulang Tahun Ke-30 Hari Ini


Kota Kinabalu: Seminari Teologi Sabah akan mengadakan makan malam kesyukuran di Hakka Association Ballroom hari ini sempena Ulang tahunnya yang ke-30.

Sebelum ini, mereka telah mengadakan ibadah untuk meraikan di Auditorium Seminari Teologi Sabah pada hari Khamis.

Pada 1998, Basel Christian Church of Malaysia telah berusaha untuk menubuhkan Seminari Teologi Sabah sebagai respon kepada keperluan melatih pekerja-pekerja gereja dan pemimpin-pemimpin komuniti Kristian. 

Ianya telah mula beroperasi dengan 23 pelajar, enam pensyarah dan sebuah rumah dua tingkat yang digunakan untuk penyampaian kuliah.

Seminari itu kini mempunyai 523 pelajar, 23 pensyarah dan kemudahan-kemudahan modern; termasuk bilik-bilik darjah yang diperlengkapi, sebuah perpustakaan dua tingkat dan makmal komputer dengan kemudahan jalur lebar.

Seminari Teologi Sabah, Kota Kinabalu
(Foto oleh CEphoto, Uwe Aranas / CC-BY-SA-3.0)

Ianya juga telah dianugerahkan pada 2014, dengan pengikhtirafan sebagai Pusat Teologi Cemerlang  oleh Association of Theological School in South East Asia (ATESEA), yang merupakan badan akreditasi untuk sekolah-sekolah teologi di Asia.

Pengetua Seminari, Dr Wilfred J Samuel mengatakan bahawa semua ini telah mungkin kerana rahmat dan kebaikan Tuhan yang dinyatakan melalui anggota-anggota Gereja-gereja di Sabah dan di luar Sabah. 

Dia juga mengulangi bahawa Kerajaan Negeri tanpa gagal telah menyediakan sumbangan tahunan untuk membantu operasi Seminari itu. 

Pengerusi Lembaga Gabenor Seminari Teologi Sabah, Datuk Peter Lee Khun Choi berkata bahawa Seminari itu bukan sahaja berusaha melatih pastor-pastor tetapi juga pemimpin-pemimpin komuniti yang akan dapat melibatkan diri dalam program transformasi komuniti, menyediakan penjagaan sosial dan kaunseling untuk mereka yang memerlukannya. 

(Diterjemahkan daripada artikel Daily Express bertajuk, "Sabah Theological Seminary 30th Joy Today" bertarikh 19 Mei 2018)