Ahad, 15 Julai 2018

Manny Pacquiao Tumpaskan Lucas Matthysse, Raih Gelaran Juara Welterweight WBA


KUALA LUMPUR: Petinju lagenda dari Filipina Manny Pacquiao sekali membuktikan kehebatannya selepas menumpaskan Lucas Matthysse untuk meraih gelaran juara dunia weltwerweight Persatuan Peninju Dunia (WBA) menerusi technical knockout (TKO) pada pusingan ketujuh.

Pacquiao kembali untuk merampas gelaran tersebut dari juara bertahan kelahiran Argentina itu selepas hampir setahun tidak beraksi.

Petinju berusia 39 tahun itu mengasak lawannya sejak pusingan pertama dan berjaya mengekalkan momentumnya sehingga pusingan ketujuh selepas Matthysse tumpas menerusi tumbukan padu tangan kiri Pacquiao.



Kejohanan Fight Of Champions yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, merupakan perlawanan tinju terhebat selepas kali terakhir diadakan pada Julai 1975 di antara Muhammad Ali dan Joe Bugner.

Pacquiao merupakan satu-satunya juara dunia lapan divisyen.

Dia muncul kembali selepas gagal mempertahankan tali pinggang apabila tewas dengan Jeff Horn di Australia pada 2 Julai tahun lalu.

(Diambil daripada artikel Astro Awani bertajuk, "Manny Pacquiao Tumpaskan Lucas Matthysse, Raih Gelaran Juara Welterweight WBA" yang ditulis oleh Haider Yutim bertarikh 15 Julai 2018)