Ibu bapa Adul berdiri di hadapan gereja di mana anak mereka mengikuti program Compassion |
Salah satu daripada 12 lelaki remaja yang diselamatkan bersama jurulatih mereka daripada gua yang dibanjiri di Negara Thai adalah orang Kristian - dan ibu bapanya bersyukur kepada Tuhan atas keselamatannya.
Adul Sam-on telah dilahirkan di Myanmar di wilayah Wa tetapi telah dihantar ke Negara Thai sewaktu berusia tujuh tahun untuk mendapatkan pendidikan - wilayah itu mengalami keganasan perang pemisah dan ramai orang-orang pelarian telah mengambil langkah yang sama. Adul telah diletakkan di bawah jagaan sebuah Gereja Baptis dan ditaja oleh badan kebajikan Kristian, Compassion International.
Menurut pengetua sekolahnya, Punnawit Thepsuri, kanak-kanak tanpa kerakyatan seperti Adul memiliki "sifat juang" yang membuat mereka ingin cemerlang. Adul, dia memberitahu New York Times, adalah "yang terbaik daripada yang terbaik."
Seorang yang berbakat dalam bahasa, dia boleh bertutur dalam bahasa Thai, Burma dan Inggeris, dan adalah satu-satunya ahli pasukan bola sepak Wild Boars yang dapat berkomunikasi dengan penyelam-penyelam British yang menjumpai mereka selepas pencarian selama 10 hari.
Adul Sam-on |
Seorang yang berbakat dalam bahasa, dia boleh bertutur dalam bahasa Thai, Burma dan Inggeris, dan adalah satu-satunya ahli pasukan bola sepak Wild Boars yang dapat berkomunikasi dengan penyelam-penyelam British yang menjumpai mereka selepas pencarian selama 10 hari.
Padang bola di mana pasukan itu berlatih di Gereja Baag Jong telah dijadikan pusat operasi untuk Tentera Udara. Gereja telah menyediakan tempat tinggal dan makanan untuk pasukan Tentera Udara itu |
"Saya amat gembira dan amat bersyukur dapat bertemu dengan anak saya semula. Terima kasih banyak kepada semua orang yang telah berdoa untuk kami dan budak-budak itu dan menolong kami; terima kasih."
Compassion telah menyatakan dalam satu catitan blog, "Marilah kita terus berdoa untuk pasukan itu dan jurulatih mereka sambil mereka memulakan proses pemulihan mereka."
(Diterjemahkan daripada artikel Christian Today bertajuk, "Christian Parents of Boy Rescued From Thailand Cave Thank God He's Safe" bertarikh 12 Julai 2018)