Selasa, 21 Ogos 2018

Bagaimana Iblis Menerobos Ke Dalam Kebangunan Rohani Kristian


Oleh Eddie Hyatt:

Gordon Lindsay, salah satu daripada pemimpin paling menonjol dari kebangkitan penyembuhan ilahi dalam tahun 1940-an ke 50-an, menyatakan, "apabila Tuhan memberi Anda kekuatan rohani dan rahmat yang besar, Anda mesti sentiasa berusaha untuk menjadi lebih rendah dan lebih rendah dan lebih rendah lagi."

Kenyataan ini telah dilahirkan daripada pemerhatian beliau terhadap kejatuhan tragik kehidupan dan pelayanan beberapa hamba Tuhan yang telah dipakai Tuhan dengan luar biasa dalam pelayanan penyembuhan dan pelepasan. Dalam setiap kes, pintu masuk Iblis ke dalam kehidupan seseorang itu adalah fikiran mereka yang telah mulai menganggap dirinya lebih penting.

Mereka bukan pula merendahkan diri di hadapan Tuhan, sebaliknya mereka terpikat dan 'gila-gila' dengan kejayaan yang mereka saksikan dalam pelayanan mereka. Oleh kerana itu, mereka diturunkan, bukan dipakai Tuhan dengan lebih hebat lagi. Mengapa? Oleh kerana mereka merasa bangga dan bongkak. 1 Petrus 5:5b berkata bahawa "Allah menentang orang yang congkak, tetapi mengasihi orang yang rendah hati." (TB)

William Branham

William Branham di kulit buku yang dikarang oleh Lindsay

Selama beberapa tahun, bermula pada 1947, Lindsay menguruskan pelayanan William Branham, penginjil penyembuhan yang paling menonjol pada tahun 1940-an ke 50-an. Branham diluncurkan ke pelayanan mukjizat dan tanda-tanda hairan selepas seorang malaikat menampakkan diri kepadanya sewaktu dia berdoa dan memerintahkan dia untuk mengambil karunia penyembuhan ini kepada penduduk dunia.

Ribuan orang menghadiri kebaktian-kebaktian besar-besaran beliau kerana terjadinya kesembuhan dan mukjizat yang menakjubkan. Kebaktian-kebaktian besar-besaran ini telah dianjurkan oleh Lindsay yang sekaligus memimpin (emceed) pertemuan-pertemuan tersebut selain mengajar di sesi-sesi pagi.

Apabila tiba masanya bagi Branham untuk berkhutbah dalam kebaktian malam, Lindsay akan memperkenalkan Branham dalam cara yang sederhana sementara pada masa yang sama mengakui bahawa Tuhan menggunakan dia dengan cara yang luar biasa.

Bagaimana Branham Ditipu

Sekali, pada masa ketiadaan Lindsay, seorang bernama "Baxter" mengambil alih untuk memimpin (emceed) kebaktian dan seterusnya memperkenalkan Branham. Selain kata-kata pendahuluan yang berbunga-bunga yang penuh dengan penghargaan yang berlebihan, dia telah memperkenalkan Branham sebagai "Nabi khusus Allah akhir zaman". Pada waktu Lindsay kembali, Branham berkata, "Saudara Lindsay, saya fikir saya mahu saudara Baxter yang akan memperkenalkan saya mulai dari sekarang."

(Fakta-fakta ini telah disampaikan kepada saya oleh Freda Lindsay, isteri Gordon Lindsay, yang mengetahui semua butir-butir yang dinyatakan).

William Branham

Branham kemudian mulai mengelilingi dirinya dengan orang-orang yang membesarkan egonya dengan panggilan sebagai nabi khusus Tuhan akhir zaman. Lindsay berusaha untuk memperingatkan dia, tapi nasihatnya tidak diendahkan. Apabila dia melihat bahawa Branham memeluk pengajaran salah yang serius, dia mengundurkan diri dari pelayanan Branham dan memulakan pelayanannya sendiri yang dipanggil "The Voice of Healing", yang sekarang dikenali sebagai "Christ for the Nations".

Branham mulai mempercayakan bahawa dirinya adalah penggenapan janji Allah dalam Maleakhi 4:5 yang berkata, "Sesungguhnya Aku akan mengutus nabi Elia kepadamu menjelang datangnya hari TUHAN yang besar dan dahsyat itu." Beliau juga memperkenalkan dirinya sebagai malaikat ketujuh yang disebut dalam Wahyu 3:14.

Seterusmya Branham memeluk dan mengajar doktrin-doktirn lain yang pelik-pelik. Doktrin "benih ular" beliau berkata bahawa dosa Hawa adalah termasuk mengadakan hubungan seks dengan ular dan oleh itu, mereka yang dari keturunan dari acara ini, iaitu hubungan seks dengan ular, adalah ditakdirkan untuk masuk neraka. Orang-orang yang akan menerima ajarannya (Branham) adalah benih Allah dan akan menjelma kembali sebagai pengantin perempuan Kristus.

Nubuatan Kenneth Hagin

Pada tahun 1963, Kenneth E. Hagin masuk ke pejabat Lindsay dan menyerahkan kepadanya satu nubuatan yang beliau telah tulis. Nubuatan ini menyatakan bahawa pemimpin kebangkitan kesembuhan dan kelepasan telah tersesat dan tidak lama lagi akan dihakimi Tuhan.

Lindsay membaca nubuatan itu dengan suara kedengaran di hadapan isterinya, Freda dan kemudian menyimpannya di mejanya. Freda bertanya, "Siapa yang dia bicarakan itu?" Dengan rasa sedih dia menjawab, "Dia bercakap tentang Branham. Beliau sudah sesat oleh kerana berfikir bahawa dia adalah nabi Elia."

Penginjil Gordon Lindsay

Dua tahun kemudian, Lindsay menerima satu panggilan jauh yang memintanya untuk datang dan berdoa untuk Branham yang telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya dan sedang berada dalam keadaan yang cukup kritikal. Oleh kerana pengalamannya sebelum itu, Lindsay merasa lebih baik dia menyerahkan situasi ini sepenuhnya di tangan Tuhan sahaja. dan oleh itu dia tidak pergi. Beberapa hari kemudian, dia terima khabar bahawa Branham telah meninggal dunia.

Walaupun sedih dan tragik, pengalaman Branham ini bukanlah unik dalam catatan sejarah gereja. Berulang kali Tuhan melawat umat-Nya sebagai jawapan kepada doa-doa mereka, namun sering kali kesombongan telah menyusup masuk dan kebangunan rohani itu terhenti, dan keadaan ini masih berlaku sampai pada hari ini.

Kesombongan Di Kalangan Gereja Pentakosta / Karismatik

Satu hari sewaktu saya melayani di sebuah gereja di sebelah Pantai Timur Amerika Syarikat, saya sempat membaca satu majalah Kristian untuk kalangan Pentakosta dan Karismatik. Saya terkejut melihat kesombongan dan kebanggaan dalam iklan-iklan yang telah diletakkan oleh gereja-gereja dan pelayanan-pelayanan.

Bukan sahaja ada nabi, rasul dan uskup karismatik, tetapi ada juga "presiding apostles," "jurusdictional apostles," "archbishops," "prelates" (pemimpin-pemimpin keagamaan) dan bahkan satu orang yang telah menetapkan dirinya sebagai "Super eminence apostle."

Saya berfikir, "bolehkah individu-individu ini menjadi pengikut Yesus yang telah membuat diri-Nya tidak ada reputasi dan membasuhkan kaki murid-murid-Nya sendiri, yamg mana dalam budaya itu, tugas itu adalah dilakukan oleh hamba?" Bolehkah mereka menjadi pengikut Peribadi yang dalam Matius 23:8-12, memberi amaran kepada murid-murid-Nya tentang menggunakan nama kehormatan yang akan mengasingkan mereka daripada orang-orang beriman yang lain?

Tidak hairan dunia tidak melihat Yesus. Tidak hairan mengapa kita tidak melihat kebangkitan rohani Nasional! Syarat pertama untuk sebuah kebangkitan rohani menurut 2 Tawarikh 7:14, ialah untuk umat Allah "merendahkan diri" mereka.

Allah Memanggil Kita Untuk Postur Yang Berbeza

Beberapa tahun yang lalu, saya duduk di satu konferensi "Revival Now" dan mengalami satu dorongan kuat untuk berlutut di hadapan Tuhan. Saya duduk dan merenungkan apa yang harus saya lakukan oleh kerana tidak ada orang lain yang berlutut. Malah, orang sedang bergerak ke hadapan dan berdiri kerana menunggu untuk menerima doa untuk sentuhan segar dari Roh Kudus.

Oleh kerana dorongan untuk berlutut di hadapan Tuhan berterusan, aku akhirnya berlutut. Sebaik sahaja lutut saya menyentuh lantai, saya mendengar Roh Kudus bercakap dalam hati saya dengan cara yang jelas dan terang. Dia berkata, "Aku akan melakukan beberapa perkara luar biasa pada hari-hari mendatang: dan apabila Anda melihat kekuatan dan kemuliaan-Ku dinyatakan, beginilah sikap yang harus sentiasa Anda miliki. Anda harus berlutut dan mengakui bahawa Akulah Tuhan yang memerintah alam semesta ini."

Ya, kesombongan adalah satu penipuan. Itulah sebabnya mengapa kita harus terus-menerus mengakui bahawa ia adalah bukan tentang diri kita, tapi tentang diri-Nya Tuhan! Dan ingat nasihat Petrus di 1 Petrus 5:5b-6 di mana ia berkata, "Allah menentang orang yang congkak, tetapi mengasihani orang yang rendah hati. Kerana itu rendahkanlah dirimu di bawah tangan yang kuat, supaya kamu ditinggikan-Nya pada waktunya."

Artikel ini petikan dari buku Dr. Eddie Hyatt yang bertajuk "Angels of Light - False Prophets and Deceiving Spirits at Work Today in the Church & World." Buku ini boleh didapati dari Amazon dan tidak lama lagi boleh diperolehi daripada laman web beliau di eddiehyatt.com.

(Diambil daripada catitan Facebook Rev Danil Raut, iaitu terjemahan daripada artikel Charisma Magazine yang bertajuk, "How Satan Makes Inroads Into Christian Revivals" yang ditulis oleh Eddie Hyatt bertarikh 17 Ogos 2018)