Pendeta Welyar Kauntu |
Kesaksian daripada Pdt Welyar Kauntu (komposer ‘Walau Seribu
Rebah’, dan banyak lagi) yang sangat berkesan dalam batin saya dan mempengaruhi
cara saya menyembah Tuhan…
Beliau bercerita dalam satu kunjungan ke rumah anak-anak yatim, ketika pujian penyembahan
dinaikkan, beliau memainkan gitar dan menaikkan suatu pujian bersama-sama kanak-kanak di rumah anak yatim tersebut.
Tapi Tuhan menyuruh beliau untuk memperhatikan seorang anak di penjuru bilik yang
sedang berusaha ikut menyembah Tuhan. Anak ini gagu, bicaranya tidak jelas,
mungkin menderita bisu tuli.
Kalimatnya……..hanya terdengar seperti kumpulan
huruf vokal saja tanpa konsonan “aaa…uuua …iiiiaaa…aauu.” dengan nada yang tinggi habis.
Tapi dia menyanyi segenap hati, bahkan airmata pun menetes membasahi wajahnya.
Saat itu Tuhan berbicara kepada Pdt Welyar Kauntu….
”Di telinga-Ku apa yang anak ini nyanyikan sangat merdu sekali, jauh lebih merdu
dari apa yang engkau nyanyikan”. Bagi manusia, perkataan anak itu tidak dapat
dimengerti.
Tapi Tuhan sangat mengerti… setiap kata-katanya
Di telinga manusia anak ini teruk sekali nyanyiannya dan tidak ada
merdu-merdunya sama sekali.
Di telinga Tuhan suara anak ini merdu sekali. Kerana dia menyanyi dengan HATInya
Tuhan tidak melihat seperti apa yang manusia melihat
Mari kita belajar memandang seperti Tuhan memandang.
Bagi Tuhan, ‘HATI’ itu adalah segalanya. Bukan luarannya. Oleh sebab itu mari
kita menjaga hati kita dengan segala kewaspadaan, kerana dari situlah terpancar
kehidupan. (Amsal 4:23)