Selasa, 12 Mac 2019

Imej Yesus Muncul Di Langit Sambil Matahari Bersinar Melalui Awan-Awan Di Itali


Foto-foto yang dramatik telah muncul menunjukkan apa yang kelihatan seperti imej Yesus yang berkilauan di atas sebuah bandar Itali sambil sinaran matahari menyinari melalui awan-awan. 

Alfredo Lo Brutto, dari Agropoli, Itali telah merakam sosok yang muncul melalui langit kelabu di atas permukaan laut sewaktu dia berada di rumahnya. 


Bentuk yang tercipta dari sinaran cahaya yang menakjubkan itu, sewaktu senja pada hari Jumaat, kelihatan menyerupai patung Jesus the Redeemer yang terkenal di Rio de Janeiro, Brazil.

Alfredo berkata, "Saya terpegun dengan pemandangan itu. Saya tidak selalu berkongsi foto di media sosial, tetapi apabila saya mengambil foto ini, saya serta-merta rasa mahu orang lain melihatnya, kerana ianya sungguh cantik."




(Diterjemah daripada artikel Daily Mail bertajuk, "I Am The Light! Image of Jesus Appears In The Sky As The Sun Bursts Through Clouds Over Italy" yang ditulis oleh Jessica Green bertarikh 4 Mac 2019)