Selasa, 30 April 2019

Seminar "Boy Girl Relationship" Di Kota Kinabalu Pada Mei 2019


Satu seminar dan forum "Boy Girl Relationship" akan diadakan untuk pemuda-pemudi Kristian di Kota Kinabalu pada 18 Mei 2019. 

Acara itu akan berlangsung di Dewan Hosana, Gereja All Saints, Karamunsing dari 9 pagi sehingga 4.30 petang. Yuran penyertaan adalah RM20 yang termasuk makan tengahari dan minum teh.

Seminar dan forum ini akan diadakan dalam Bahasa Malaysia dan akan dikendalikan oleh dua penceramah berpengalaman iaitu Rev Peter Claude de Run dan Pastor Edmund Kumar.

Siapa Penceramahnya

Rev Peter Claude de Run adalah pengasas dan pengajar Seminar Cinta Bijak 101. Dia dan isterinya, Suze adalah pengendali laman Facebook dengan nama yang sama "Cinta Bijak 101." Dia juga telah menulis buku Kata Cinta Bijak yang telah diterbitkan pada 2014.

Pastor Edmund Kumar adalah penyelaras Sabah untuk Prison Fellowship of Malaysia. Dia juga adalah penceramah bebas dan penulis buku Kristian. Antara buku-buku yang telah ditulis olehnya adalah Pengembaraan Cinta: Indah Pada Waktunya (diterbitkan 2013) dan buku terbarunya, Jelajah Cinta: Menuju Kesempurnaan (2019)

Untuk Siapa Seminar Ini

Menurut Pastor Edmund, acara ini terbuka kepada pemuda-pemudi Kristian yang:

1. Sudah berkahwin (kalau mahu hidupkan semula api romantik)
2. Sudah bertunang (mahu kahwin, tapi mahu persiapkan diri lagi)
3. Sudah berboyfriend-girlfriend (paling sesuai)
4. Bujangan yang sedang mencari pasangan (sangat sesuai)

Bagaimana Untuk Mendaftar

Pendaftaran boleh dilakukan dengan beberapa cara:

1. Isi borang di link ini: http://bit.do/seminarcintabijak
2. Whatsapp Awah (016-2082001) atau Marcella (014-8654751).

Pendaftaran juga boleh dilakukan secara berkumpulan dengan menghubungi Awah atau Marcella, dengan memberikan nama gereja serta senarai nama dan umur peserta.

Cara Pembayaran Yuran

Kaedah pembayaran yuran adalah melalui bank in atau online transfer kepada akaun bank berikut:
Maybank 160072750516
Ha Shzau Fah

Selepas membuat pembayaran, sila hantar bukti pembayaran beserta dengan nama yang didaftarkan kepada emel berikut: jelajahcintaedk@gmail.com

Sila pastikan bukti pembayaran dihantar kerana kegagalan untuk menghantarnya akan memberi kesan kepada pendaftaran. 

Resit pembayaran akan diberikan sebelum seminar bermula pada 18 Mei 2019.

Daftarlah Segera!

Bagi pemuda-pemudi yang berminat dengan acara ini, daftarlah dengan segera. Tempat terhad kepada 350 peserta.