Khamis, 19 September 2019

Majlis Gereja Membidas Dakwaan 'Kristianisasi' Oleh PAS, Kata Acara Untuk Memperingati Hari Malaysia

Kenyataan akhbar Majlis Gereja-Gereja Malaysia (CCM)

KUALA LUMPUR, 18 Sep - Majlis Gereja-Gereja Malaysia (CCM) telah membidas timbalan presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kerana menyimpulkan bahawa satu forum sosial gereja yang telah diadakan pada 14 September telah digunakan untuk tujuan propaganda politik.

Dalam menjawab dakwaan Tuan Ibrahim, CCM menjelaskan bahawa forum "Naratif Malaysia Baharu" yang telah diadakan di Mega Chinese Methodist Church di Kota Damansara, Selangor adalah sebahagian daripada peringatan gereja untuk Hari Malaysia untuk membantu ahli-ahlinya menyumbang kepada pembangunan negara dengan mengambil bahagian dalam naratif (kisah) yang dikongsi bersama.

"Forum itu yang membariskan satu panel penceramah adalah untuk menggalakkan para peserta untuk memainkan peranan mereka di dalam kisah Malaysia 'Baharu' yang masih sedang berlangsung di depan mata kita dengan cara memahami warisan bersejarah yang dikongsi bersama dan dengan menyeru pemahaman yang lebih baik akan destini yang dikongsi bersama sebagai rakyat negara kita.

"Oleh kerana itu,  pemimpin PAS itu tidak sepatutnya membuat andaian bahawa forum itu digunakan untuk propaganda politik dan dengan itu berhenti mendakwa bahawa gereja sedang mempromosikannya," kata majlis gereja itu dalam satu kenyataan.

(Dipetik dan diterjemahkan daripada artikel Malay Mail bertajuk, "Churches Slam PAS For 'Christianisation' Claiim, Says Event Commemorated Malaysia Day" oleh Kenneth Tee bertarikh 18 September 2019)