Jurgen Klopp adalah pengurus Liverpool FC, salah satu pasukan bola sepak Inggeris yang paling berjaya.
Klopp adalah salah satu tokoh paling menonjol dalam dunia sukan di negara asalnya, Jerman, dan kini telah menjadi seorang jurulatih yang amat dihormati di UK.
Tetapi kejayaan dalam bola sepak bukanlah perkara paling penting dalam hidupnya, pengurus kelahiran Stuggart berkata dalam satu temuramah dengan BBC pada 2016. "Masalahnya adalah saya seorang Kristian," pengurus Jerman itu mengatakan, "Itu (dengan sendirinya) bukanlah satu masalah, tetapi masalahnya adalah saya fikir bahawa orang lain juga boleh meraih kejayaan - ianya bukan mengenai saya. Tetapi jika anda menanya saya mengenai Liverpool, saya ingin merayakan sesuatu pada setiap musim."
Selepas hanya dua minggu sebagai pengurus baru Liverpool, Klopp telah menunjukkan kesediaanya bercakap secara terbuka mengenai imannya dalam suatu temuramah dengan BTS Sports: "Saya Kristian, saya perlu katakan itu, dan saya percaya kepada Tuhan."
"SAYA DALAM JAGAAN TUHAN YANG AMAT BAGUS DAN HEBAT"
Di Jerman. Jurgen Klopp telah memenangi Bundesliga dua kali dengan Borussia Dortmund. Dia juga telah melangkah ke akhir Juara Liga-Liga pada 2013.
Dalam suatu temuramah dengan suratkhabar tempatan Frankfurter Rundschau, dia telah berkata, " Untuk menjadi orang percaya, dan tidak ingin mengatakan mengenainya - saya tidak tahu bagaimana itu boleh jadi!"
"Jika sesiapa menanya saya mengenai iman saya, saya akan berikan maklumatnya. Bukan juga kerana saya menganggap diri sebagai misionari."
"Apabila saya melihat pada diri dan kehidupan saya - dan saya mengambil masa melakukan itu setiap hari - saya akan rasakan bahawa saya dalam jagaan Tuhan yang amat bagus dan hebat", tambahnya. "Dan saya rasa kasihan jika orang lain tidak memiliki rasa aman ini - walaupun sebenarnya mereka tidak menyedarinya, sebab jika mereka menyedarinya, mereka mungkin akan mencarinya."
Dalam temuramah itu, dia juga membincangkan pergelutannya bermain bola sepak pada pagi Ahad, sewaktu dia masih lagi remaja, dan bagaimana dia mengerti bahawa terdapat banyak masa lagi dalam seminggu untuk bertumbuh dalam iman Kristiannya.
"YESUS ADALAH PERIBADI PALING PENTING DALAM SEJARAH"
Dalam satu lagi temuramah dengan media Jerman, Klopp berkata, "Yesus Kristus adalah peribadi paling penting dalam sejarah. Bagi saya itu adalah jawapan yang mudah."
Dia seterusnya menjelaskan mengapa dia percaya kepada Kristus. "Peribadi ini telah datang ke dalam dunia, dan memiliki misi yang jelas, yang sungguh tidak mudah dilaksanakan."
"Pada hujung (nyawanya), Dia telah memikul segala dosa atas dirinya dan telah dipakukan di kayu salib". Itu adalah sebab kematian Yesus di atas kayu salib "merupakan tindakan teragung yang tidak pernah dilakukan, sebab ianya mengubah segala sesuatu". "Kita tidak perlu melakukannya (membayar untuk dosa kita) dan itu adalah kelegaan yang besar." tambahnya.
(Diterjemahkan daripada artikel Evangelical Focus bertajuk, "Jurgen Klopp: 'Jesus Is The Most Important Person In History" bertarikh 11 Januari 2019)