Menurut Kementerian Perpaduan Negara, hanya maksimum 30
penganut dibenarkan masuk ke rumah ibadat pada satu masa.
Rumah-rumah ibadat juga diminta untuk melakukan kerja
pembersihan selama 30 minit sebelum dan selepas sebarang aktiviti keagamaan
dilakukan.
Waktu operasi juga perlu mengikut yang ditetapkan.
Untuk gereja, tokong Buddha, Tao serta Wat Siam, waktu operasi yang dibenarkan adalah antara pukul 6 pagi hingga 2 petang.
Untuk kuil Hindu, ia dibenarkan dibuka dari jam 6 pagi
hingga 10 pagi, dan juga 5 petang hingga 9 malam.
Bagi gurdwara pula, ia dibenarkan dibuka antara pukul 6 pagi
hingga 9 pagi.
Untuk kawasan dengan akses internet, para penganut diminta
untuk mendaftar masuk menggunakan MySejahtera, dengan pengecualian untuk warga
emas yang tidak memiliki telefon bimbit.
(Diambil daripada artikel Malaysiakini bertajuk, "Rumah Ibadat Bukan Islam Dibenar Dibuka, Maksimum 30 Orang" bertarikh 13 Februari 2021)