Rabu, 22 Jun 2022

Kisah Sejarah - Baptisan Pertama Dalam Gereja PCS (1953)

Majimil Tuorong dan isterinya, Sinundihi

Ahli-ahli rumah panjang itu, yang secara keseluruhannya telah membuat keputusan sebelum semua rumah panjang yang lain untuk mengikuti iman baru ini adalah Rumah Masangkung, iaitu kampungnya ketua kampung Tuorong dan anaknya Majimil. Mereka dengan sepenuh hati meminta diajar mengenai Berita Baik. Oleh itu Honegger bermula di situ untuk mengajar mereka iman Kristian, supaya mereka memahami sebab menjadi seorang Kristian dan untuk bersedia menerima baptisan Kristian.

Pada 23 Disember 1953, baptisan pertama terjadi di Masangkung. Sebilangan keluarga telah meminta untuk dibaptis, yang pertama-tama Tuorong dan isterinya Setia, anak lelakinya Majimil, isterinya Sinundihi dan dua anak mereka Nupia dan Masiun. 

Sebuah bangunan gereja sudah pun dibina ketika itu di atas bukit di tanah Tuorong, beratapkan daun-daun pohon nipah. Dindingnya juga diperbuat dari daun-daun nipah. Tiang-tiangnya telah dipotong dari hutan berdekatan dengan cara yang sama orang-orang Momogun membina rumah mereka. 

Pada hari Krismas, 25 Disember, bangunan gereja di Lodung telah ditahbis. Gereja ini telah ditempatkan di antara Kampung Lodung dan Pilang. Bersama dengan pembukaan bangunan ini, baptisan pertama diadakan untuk beberapa orang dari rumah-rumah panjang di Pilang, Kusilad, Kodungkung, Lodung dan Pituru yang pada ketika itu telah diajar iman Kristian. Merrka telah membuat keputusan bahawa sebuah gereja sudah mencukupi untuk lima kampung Gonsomon itu.

Oleh itu, pada Hari Krismas itu, ada tiga peristiwa untuk dirayakan; pertamanya Krismas, kemudian pembukaan gereja baru dan baptisan sebilangan orang. Itulah sebabnya boleh dikatakan bahawa hari itu adalah hari yang amat istimewa di Ronggu pada 1953. Sejak masa itu, iman Kristian terus berkembang semakin luas di kalangan orang-orang Momogun di Daerah Kudat. 

(Diterjemahkan daripada buku History of the Protestant Church in Sabah yang ditulis oleh T. A. Forschner, 1993, ms 29)