Tuhan boleh menggunakan orang yang kita sama-sekali tidak sangka untuk membawa kemuliaan kepada-Nya. Bacalah kisah menarik di sebalik lagu karol “Malam Kudus” (O Holy Night) yang telah dikarang di Perancis pada penghujung tahun 1847...
Penulis Senikatanya: Placide Cappeau
Placide Cappeau |
“Malam Kudus” (O Holy Night) terus menjadi salah satu lagu karol Krismas yang paling digemari di dunia, dengan senikata dan melodi yang sangat mengangkat jiwa. Senikatanya telah ditulis oleh Placide Cappeau (1808-1877), seorang penduduk Roquemaure, Perancis (letaknya beberapa batu daripada kota bersejarah Avignon).
Cappeau adalah seorang pedagang wain dan Datuk Bandar, dan juga sekali-sekala penulis puisi. Lebih dikenali untuk puisinya daripada untuk kehadirannya di gereja, Cappeau mungkin sekali terkejut apabila paderi gerejanya, sejurus sebelum Cappeau bertolak untuk suatu kunjungan bisnes, memintanya menulis suatu puisi untuk kebaktian Krismas. Di atas kenderaan yang berhabuk melalui jalan yang tidak rata ke ibunegeri Perancis, Cappeau memikirkan permintaan paderinya. Dengan menggunakan Injil Lukas sebagai panduannya, Cappeau membayangkan diri dapat menyaksikan kelahiran Yesus di Yerusalem. Apabila dia sampai di Paris, dia telah menyiapkan “Cantique de Noel.”
Komposer Muziknya: Aldophe Adams
Aldophe Adams |
Anak kepada seorang pemuzik klasikal terkenal, Adams telah belajar di pusat pengajian muzik Paris. Pada waktu itu Adams berada di puncak kerjayanya, setelah menuliskan karya agungnya, Giselle, hanya beberapa tahun sebelumnya, pada 1841. Dia juga adalah komposer kepada lebih lapan puluh karya pementasan opera. Bakat dan kemasyhurannya telah membawa banyak permintaan untuknya menghasilkan karya bagi pelbagai orkestra dan ballet di seluruh dunia.
Sangat tergerak oleh karyanya sendiri, Cappeau memutuskan bahawa “Cantique de Noel” penulisannya bukanlah hanya sekadar puisi, tetapi adalah sebuah lagu yang memerlukan sentuhan pemuzik handalan. Oleh kerana dirinya sendiri tidak memiliki kecenderungan muzik, Cappeau telah meminta pertolongan salah seorang kawannya, Adolphe Charles Adams apabila dia sampai ke Paris. Adams adalah kenalan Monsieur dan Madame Laurey, yang merupakan kawan kepada Cappeau.
Namun begitu, senikata yang diberikan oleh kawannya Cappeau sepastinya telah memberi cabaran kepada komposer itu, cabaran yang ternyata berbeza daripada yang pernah dia dia terima dari London, Berlin ataupun St. Petersburg. Sebagai seorang berketurunan Yahudi, kata-kata “Cantique de Noel” mewakili hari yang dia tidak rayakan dan seorang peribadi yang dia tidak anggap sebagai Anak Allah.
Namun begitu, Adams dengan pantas mula berkarya, mencuba menggabungkan skor muzik yang baru dicipta dengan kata-kata indah Cappeau. Karya Adams itu menyenangkan kedua-dua penulis puisi dan paderi. Lagu itu telah dipersembahkan cuma tiga minggu kemudian di Kebaktian Tengah Malam, Malam Krismas, 1847 di Roquemaure,
Lagu Mendapat Sambutan Kemudian Tentangan di Perancis
"Cantique de Noel" |
Pada mulanya, "Cantique de Noel" telah diterima dengan sepenuh hati oleh gereja di Perancis dan lagu itu dengan cepat mendapat tempat dalam pelbagai kebaktian Krismas Gereja Katolik. Walaupun begitu, populariti lagu itu telah menurun setelah penerimaan awal itu, berdasarkan reputasi kedua penulis senikata dan komposer. Pada usia lanjutnya, Cappeau telah meninggalkan gereja dan mengambil bahagian aktif dalam gerakan sosialis. Dia telah digelar sebagai ahli sosialis radikal, seorang yang tidak beragama (freethinker), seorang sosialis, dan seorang bukan Kristian.
Pemimpin-pemimpin gereja juga mendapat tahu bahawa Adams adalah orang Yahudi, dan lagu itu – yang telah dengan pantas menjadi salah satu lagu kegemaran Krismas di Perancis – telah secara tiba-tiba dan seragam diselar oleh Gereja. Ketua-ketua Gereja Katolik Perancis pada waktu itu menganggap "Cantique de Noel" tidak sesuai untuk kebaktian gereja kerana berkekurangan dari nilai seni dan “ketiadaan langsung semangat keagamaan.” Namun begitu, sementara gereja cuba menguburkan lagu Krismas itu, rakyat Perancis terus menyanyikannya.
Lagu Terus Berkembang: Diterbitkan di London dan di Amerika
Lagu diterjemahkan ke Bahasa Inggeris |
Mujurlah pemikiran-pemikiran yang lebih rasional telah mengatasi dalam hal ini. Sehingga 1855, karol itu telah diterbitkan di London, dan telah diterjemahkan ke dalam banyak bahasa. Terjemahan Bahasa Inggeris yang paling terkenal ditulis oleh John Sullivan Dwight (1813-1893) yang tinggal di Massachusetts. Dwight merasakan bahawa lagu Krismas yang indah ini perlu diperkenalkan ke Amerika, dan dia mendapat sesuatu lagi dalam lagu itu yang menggerakkannya selain daripada kelahiran Kristus.
Sebagai seorang yang menentang perhambaan, Dwight sangat menggemari dengan senikata rangkap ketiga: “Sesungguhnya Dia telah mengajar kita untuk saling mengasihi, ajaran-Nya kasih dan Injil-Nya damai. Dia akan mematahkan rantai yang membelenggu, sebab abdi itu adalah saudaraku, dan dalam nama-Nya semua penindasan dihentikan.” ("Truly he taught us to love one another; his law is love and his gospel is peace. Chains shall he break, for the slave is our brother; and in his name all oppression shall cease.”)
Senikata lagu itu menyokong pendapat Dwight sendiri mengenai perhambaan di bahagian Selatan. Diterbitkan dalam majalahnya. “The Journal of Music” terjemahan Dwight dalam Bahasa Inggeris lagu “Malam Kudus” itu telah mendapat sambutan baik di Amerika terutama di bahagian Utara semasa Perang Saudara Amerika. Secara kebetulan, Krismas telah menjadi hari cuti yang sah di Massachusetts pada tahun yang sama Dwight menerbitkan terjemahannya.
Lagu Dalam Siaran Ke Udara Yang Pertama
Adams telah bertahun meninggal dunia dan Cappeau dan Dwight sudahpun tua apabila pada Malam Krismas 1906, Reginald Fessenden, seorang professor university berumur 33 tahun, yang juga bekas ketua juru kimia untuk Thomas Edison, melakukan sesuatu yang sudah lama dianggap mustahil.
Dengan menggunakan sejenis generator baru, Fressenden berkata pada mikrofon dan, untuk kali pertama dalam sejarah, suara manusia telah disiarkan ke udara: “Pada waktu itu Kaisar Agustus mengeluarkan suatu perintah, menyuruh mendaftarkan semua orang di seluruh dunia,” dia mula mengucapkan dengan suara yang kuat dan jelas, sambil berharap dia dapat menjangkau ke seberang jarak yang telah dijangkakannya.
Reginald Fressenden menjadi orang pertama menyampaikan suara melalui radio dengan bacaan dari Injil Lukas dan lagu "O Holy Night" |
Penjaga-penjaga radio di atas kapal-kapal terkejut, dan pemilik-pemilik wireless di syarikat akhbar takjub terpegun apabila isyarat-isyarat kod yang biasa telah diganti dengan suara seorang professor membaca daripada Injil Lukas. Kepada beberapa orang yang sempat menerima siaran ini, ianya seolah-olah suatu mukjizat, mendengar suara yang disebarkan kepada mereka dari tempat yang jauh.
Mungkin ada yang menyangka bahawa mereka sedang mendengar suara malaikat. Fessenden mungkin tidak sedar kesan sensasi yang disebabkannya ke atas kapal-kapal dan pejabat-pejabat; dia pastinya tidak sedar bahawa orang-orang lelaki dan perempuan sedang bergegas ke unit wireless mereka untuk menjadi saksi kepada mukjizat malam Krismas ini.
Selepas menamatkan pembacaan kelahiran Kristus, Fessenden mengambil biolanya dan bermain “Malam Kudus” (O Holy Night), lagu yang pertama sekali di sebarkan ke udara menerusi gelombang radio. Pada kesudahan karol itu, Fessenden membaca satu petikan lain dari Injil Lukas: “Kemuliaan bagi Allah di tempat yang mahatinggi dan damai sejahtera di bumi di antara manusia yang berkenan kepada-Nya.” Penyampaian Krismas ini telah didengar sejauh Norfolk, Virginia di selatan; dan apabila penyampaian itu diulangi pada malam Tahun Baru, ianya kedengaran sejauh West Indies.
Kesimpulan
Sejak nyanyian yang pertama pada kebaktian Krismas di sebuah gereja kecil pada 1847, “Malam Kudus” (O Holy Night) telah dinyanyikan berjuta-juta kali di gereja-gereja di setiap pelusuk dunia. Dan sejak waktu beberapa orang telah mendengarkannya buat pertama kali melalui radio, karol ini telah muncul menjadi salah satu lagu rohani yang paling dimainkan dan direkod oleh industri hiburan.
Karya yang hebat ini – yang diminta oleh seorang paderi yang sudah dilupakan, ditulis oleh seorang penyajak yang kemudiannya meninggalkan gereja, diberi muzik yang memberangsangkan oleh seorang komposer Yahudi, dan telah dibawa ke Amerika sebagai alat untuk memberi tumpuan kepada keburukan perhambaan di samping menceritakan kisah kelahiran Juruselamat – telah menjadi salah satu karya muzik paling indah dan menginspirasikan pernah diciptakan.
Lagu "O Holy Night"
O Holy night, the stars are brightly shining
It is the night of our dear Saviour's birth
Long lay the world in sin and error pining
Till He appeared and the soul felt His worth
Till He appeared and the soul felt His worth
A thrill of hope, the weary world rejoices
For yonder breaks a new and glorious morn
Fall on your knees! Oh, hear the angel voices!
O night divine! O night when Christ was born!
O night divine! O night, O night divine!
Fall on your knees! Oh, hear the angel voices!
O night divine! O night when Christ was born!
O night divine! O night, O night divine!
Led by the light of faith serenely beaming
With glowing hearts by His cradle we stand
So led by light of a star sweetly gleaming
Here came the wise men from the Orient land
So led by light of a star sweetly gleaming
Here came the wise men from the Orient land
The King of Kings lay in lowly manger
In all our trials born to be our friend
He knows our need
To our weakness no stranger
He knows our need
To our weakness no stranger
Behold your King! before the lowly bend!
Behold your King! before Him bend!
Truly he taught us to love one another
His law is love and His gospel is peace
Truly he taught us to love one another
His law is love and His gospel is peace
Chains shall He break, for the slave is our brother
And in His name all oppression shall cease
Sweet hymns of joy in grateful chorus raise we
Let all within us praise His holy name
Sweet hymns of joy in grateful chorus raise we
Let all within us praise His holy name
Christ is the Lord
Then ever, ever praise we
Noel! Noel! O night, O night divine!
Noel! Noel! O night, O night divine!
Noel! Noel! O night, O night divine!
Noel! Noel! O night, O night divine!
(Dipetik dan diterjemah daripada artikel Stories Behind The Music: "O Holy Night")