Sabtu, 28 Disember 2013

Kisah Di Sebalik Lagu "For Real" Oleh Juwita Suwito

Juwita Suwito menyanyi di acara Krismas di Seremban

Juwita bergambar dengan beberapa
peminat selepas persembahannya
Pada 25 Disember, aku telah dijemput iparku untuk mengikuti acara sambutan Krismas anjuran Gereja SIB Oasis di sebuah restoran di Seremban. Tetamu khas pada tengahari itu ialah penyanyi terkenal, Juwita Suwito!

Sebelum menjamu selera dengan hidangan-hidangan yang lazat, kami menyaksikan persembahan lagu daripada kanak-kanak, diikuti remaja dan muda-mudi SIB Oasis Seremban. Selepas itu tibalah giliran Juwita mengambil tempat di pentas.

Sambil mengajak para penonton menyanyi bersamanya, Juwita mendendangkan beberapa karol Krismas termasuk "Hark! The Herald Angels Sing" dengan suaranya yang merdu dan bertenaga. Juwita juga memilih sebuah lagu Mandarin untuk penontonnya yang berbahasa Cina.

Penyanyi yang peramah ini memberitahu para penonton bahawa kakinya telah terseliuh semasa penggambaran untuk NTV7 beberapa hari sebelumnya. Dia menjadi risau kerana perlu pergi membuat persembahan Krismas di Johor Baru dan kemudian di Seremban. Juwita menceritakan bagaimana dia masih berjalan terenjut-enjut sehari sebelum ke Johor Baru. Dia berdoa kepada Tuhan, "Tuhan, sembuhkanlah kakiku." 

Pada hari berikutnya, sewaktu melangkah ke atas pentas di Johor Baru, Juwita memberitahu dia sudah tidak lagi merasakan sakit di kakinya. Malahan dia boleh melompat-lompat tanpa sebarang sakit!

Juwita kemudian memperkenalkan lagu ciptaannya "For Real." Juwita menjelaskan bagaimana pada umur 15 tahun, dia telah mengalami persoalan mengenai kepercayaannya. Dia telah membesar dalam keluarga Kristian, ayahnya seorang pastor dan dari kecil dia sudah mengikuti Sekolah Minggu dan mendengar kisah-kisah Alkitab. Tetapi pada umur 15 tahun, dia menghadapi pertanyaan dalam dirinya, "Adakah semua yang kupercaya ini benar? Tuhan adakah Engkau benar-benar nyata?" Juwita berdoa seperti itu di biliknya sehingga tertidur.

Pada keesokan harinya, dia tidak memikirkan lagi doa itu. Namun Juwita memberitahu bahawa sejak masa itu, dalam beberapa tahun selepas itu, dia langsung tidak mempunyai sebarang keraguan lagi akan imannya. Dia tahu dengan sesungguhnya bahawa Tuhan itu ternyata benar! Itulah inspirasinya untuk lagu "For Real" yang mengisahkan pencariannya akan kebenaran Tuhan.

Nikmati lagu "For Real" ciptaan dan nyanyian Juwita Suwito dengan liriknya;


For Real

Tomorrow's new year
I'm sitting alone in my room
Think I'll finally light the candle
That's been sitting alone there since June
I watch the shadows dancing
On the pale pastel wall
Wondering if all that's been real to me
Is really real at all

    And I wanna know where to row
    Should I go with the flow?
    Won't you tell me?
    Don't wanna look back
    And find I'm sorely wrong
    How do I trust what I feel
    Cos this must be for real 

The way you say you care for me
It gets me all aglow
But they say love makes it hard to see
Beyond the cameo
What I need is that conviction
Deep within my soul
And when I find you there for certain
I'll never be lonely and cold

Years have come and gone
It amazes me still
That through it all
I've found that your love is for real
Cos you've shown me
Won't ever look back and find I'm sorely wrong
And now I can trust what I feel
Cos I know you're for real