Khamis, 11 Disember 2014

Kajian Baru - Warga Amerika Mahu Kekalkan Kristus Dalam Krismas

Dalam beberapa tahun ini, telah berlaku beberapa perbincangan dan kontroversi mengenai cubaan melenyapkan Kekristianan daripada Krismas. Dengan pekerja-pekerja kedai diberitahu untuk mengucapkan "Happy Holidays", penekanan yang keterlaluan kepada Santa Claus, Elf on the Shelf, dan tradisi-tadisi lain seperti itu, ramai yang merasakan bahawa kita telah membelakangkan tujuan sebenar perayaan itu. 

Data baru dari Lifeway Research yang dikeluarkan petang semalam menunjukkan bahawa kebanyakan warga Amerika Syarikat bersetuju dengan pandangan Kristian bahawa Krismas harusnya lebih mengenai Yesus.




Berikut beberapa statistik penting daripada data baru itu:

  • 63% orang Amerika berkata bahawa orang patut mengunjungi gereja untuk Krismas.
  • 79% bersetuju bahawa Krismas harus lebih mengenai Yesus.
  • 70% katakan bahawa Krismas adalah lebih baik dengan fokus Kristian.
  • 39% katakan bahawa ungkapan "Xmas" menyinggung perasaan.
  • 29% katakan bahawa ucapan "Happy Holidays" menyinggung perasaan. 
  • 56% katakan bahawa Anak Allah wujud sebelum Yesus dilahirkan di Betlehem.