Jumaat, 19 Disember 2014

Polis Kembalikan Buku-Buku Lagu Kristian Kepada Paderi Di Johor



Polis telah mengembalikan kesemua 31 naskah buku lagu Kristian kepada seorang paderi Katolik, dua minggu selepas buku-buku itu dirampas dekat sebuah kedai buku di Tangkak, Johor kerana mengandungi perkataan "Allah".

Father Cyril Mannayagam mengatakan buku-buku itu telah diserahkan kepadanya di Ibupejabat Polis Daerah Ledang di Tangkak pada 9.45 malam ini, tanpa apa-apa syarat.

Cyril, yang diiringi oleh peguamnya, berkata buku-buku lagu itu dalam keadaan yang baik, dan tidak dicap dengan apa-apa amaran daripada pihak berkuasa. 

"Saya sangat gembira buku-buku itu telah dikembalikan kepada saya tanpa apa-apa kerosakan atau syarat-syarat daripada pihak berkuasa," dia memberitahu The Malaysian Insider ketika dihubungi.

"Dan saya gembira pihak berkuasa tidak memperpanjangkan perkara ini dan mengembalikan buku-buku itu untuk kegunaan Hari Krismas."

Dia berkata dia akan menghantar buku-buku itu kepada anggota-anggota gereja Orang Asli, yang sememangnya untuk kegunaan mereka. 

Terdahulu Cyril telah berkata bahawa dia tidak akan menerima buku-buku itu jika ianya telah mengalami kerosakan atau jika pihak berkuasa meletakkan syarat atas penggunaan buku-buku itu.

"Itu bererti tidak seharusnya ada cap atau amaran atau syarat-syarat lain dikenakan untuk saya mendapatkan kembali buku-buku itu," dia telah mengatakan.

Buku-buku lagu itu, dengan kata "Allah" dan salib tertera di kulit muka depannya telah dirampas oleh polis pada 5 Disember.

Cyril. 44 tahun, juga disoalsiasat oleh polis mengenai buku-buku itu.

Dia telah menghantar buku-buku itu, yang dimaksudkan untuk anggota-anggota Orang Aslinya, untuk difotostat di sebuah kedai buku di Tangkak. 

Apabila Cyril kembali untuk mengambil buku-buku itu, beberapa pegawai polis memberitahunya untuk mengikut mereka ke balai polis yang berhampiran, 

Sebelum ini, polis mengatakan bahawa paderi itu disiasat di bawah Seksyen 298A. Kanun Keseksaan kerana menyebabkan ketidakharmornian, perpecahan, atau rasa permusuhan, kebencian atau niat jahat atas sebab-sebab agama.

Berikutan insiden itu, polis Johor telah menerima kritikan, dengan para peguam menyebut keputusan Mahkamah Persekutuan pada 1988 yang menjadikan undang-undang yang dikenakan ke atas Cyril tidak menurut perlembagaan. 

Cyril, yang telah berkhidmat di kalangan masyarakat Orang Asli selama lebih daripada empat tahun, telah berkata bahawa buku-buku adalah untuk digunakan dalam ibadah Krismas bersama 100 anggota-anggota gereja Orang Asli di Bekok.

Katanya buku-buku itu telah disediakan oleh masyarakat tempatan itu dan telah digunakan dalam ibadah mereka selama bertahun-tahun, dan menafikan bahawa dia ingin menjual buku-buku itu. 

Terdahulu pada hari ini, Cyril memberitahu The Malaysian Insider bahawa dia boleh dengan mudah menggunakan buku-buku lain ataupun fotostat lagi buku-buku lagu yang sama selepas rampasan itu, tetapi dia mengambil keputusan dia perlu memperjuangkan kebebasannya untuk beribadah.

"Yang penting bukan hanya buku-buku itu, Yang penting ialah hak saya, hak orang-orang saya (anggota-anggota gereja) telah dirampas dari kami. Dan itulah sebab saya ingin memperjuangkan ini," katanya.

(Diterjemah daripada artikel The Malaysian Insider bertajuk "Police Returns Christian Hymnals To Johor Priest" penulisan Elizabeth Zachariah bertarikh 18 Disember 2014)