Isnin, 19 Januari 2015

Colton Burpo Mempertahankan Kesahihan Kisahnya "Heaven is for Real"

Nota dari Colton Burpo mengenai kesahihan kisahnya "Heaven is for Real"

Colton Burpo, watak utama dalam buku yang dijadikan filem, "Heaven is for Real" mempertahankan kesahihan kisahnya dan bahawa Yesus "benar-benar mengasihimu," cuma beberapa hari selepas seorang budak lelaki lain, Alex Malarkey, yang juga mendakwa pernah melawat ke syurga dan mempunyai buku berdasarkan pengalamannya, mengakui bahawa dia telah berbohong.

"Saya tahu bahawa ada banyak diperkatakan mengenai kesahihan kisah-kisah lain berkenaan Syurga dalam masa beberapa hari lepas," kata Burpo di lamannya.

Burpo berkata dia telah pergi ke syurga, bertemu Yesus, dan melihat Maria dan malaikat-malaikat apabila dia menjalani pembedahan kecemasan untuk dikeluarkan apendiksnya ketika umurnya empat tahun. Kisahnya memiliki persamaan dengan yang dikatakan oleh Malarkey dalam bukunya, The Boy Who Came Back From Heaven.

Buku "Heaven is for Real" mengenai
pengalaman Colton Burpo melawat
ke syurga ketika berusia 4 tahun
"Saya cuma mahu mengambil sekejap untuk memberitahu semua orang bahawa saya terus mempertahankan kesahihan kisah saya yang terdapat dalam buku "Heaven is for Real,"' kata Burpo.

"Mungkin ada orang yang meragui kisah saya, tetapi hakikatnya saya tidak dipengaruhi untuk melakukan ini," tambah Burpo. "Saya ingin memberitahu orang mengenai pengalaman saya. Sebenarnya saya telah mula memberitahu kisah saya kepada kawan-kawan dan penduduk-penduduk di pekan saya lama sebelum adanya buku bertajuk Heaven is for Real."

Burpo berkata dia berharap kisahnya akan terus menunjukkan orang kepada Yesus. "Dia benar-benar mengasihimu." 

Devon Franklin, penerbit filem tersebut, sebelum ini memberitahu The Christian Post, "Di Hollywood, filem 'Heaven is for Real' telah menunjukkan bahawa di luar sana terdapat para penonton yang inginkan kisah yang lebih meningkatkan jiwa, dan saya percaya 'Heaven is for Real' telah membuka laluan untuk kisah-kisah lain untuk dipasarkan. Bukan saja dalam filem, tetapi juga dalam televisyen."

Buku  "The Boy Who Came Back
 From Heaven" telah ditarik balik
dari semua kedai-kedai Lifeway
selepas Alex Malarkey mengaku 
berbohong mengenai kisahnya
dibawa ke syurga oleh malaikat
Buku yang berdasarkan dakwaan-dakwaan Malarkey telah mula dijual sejak tahun lepas dan memberitahu kisah seorang budak lelaki 6 tahun yang telah mengalami kemalangan kereta yang teruk pada 2004. Nahas itu telah melumpuhkan Malarkey dan dia disangka tidak berkemungkinan dapat terus hidup setelah dia koma. Dia sedar kembali dua bulan kemudian dan mendakwa bahawa malaikat-malaikat telah membawa dia melalui gerbang syurga untuk bertemu dengan Yesus. 

Lifeway berkata bahawa mereka akan menarik balik buku itu daripada semua kedai mereka, dan Tydale juga akan mengeluarkan buku itu daripada senarai bukunya. 

Malarkey mendedahkan bahawa dia telah berbohong dalam sepucuk surat bertajuk, "Surat Terbuka kepada Lifeway dan Semua Penjual, Pembeli dan Pemasar Pelancongan ke Syurga oleh Budak Lelaki Yang Tidak Kembali Dari Syurga."

"Saya mengatakan saya telah pergi ke syurga kerana saya sangka ianya akan membawa perhatian kepada saya. Apabila saya membuat dakwaan-dakwaan itu, saya tidak pernah membaca Alkitab," dia menerangkan. "Orang telah mendapat keuntungan dari kebohongan itu, dan mereka masih mendapatnya. Mereka harus membaca Alkitab, yang sudah mencukupi. Alkitab satu-satunya sumber kebenaran."

Dia juga menulis mengenai apa yang dia kini percaya ialah jalan yang jelas untuk keselamatan.

"Ianya hanya melalui pertaubatan dari dosamu dan kepercayaan pada Yesus sebagai Anak Allah, yang mati untuk dosamu (walaupun Dia sendiri tidak pernah melakukan dosa) agar kamu dapat diampuni, agar kamu dapat mempelajari mengenai syurga daripada apa yang tertulis dalam Alkitab... bukan dari membaca apa yang dihasilkan oleh manusia," katanya.

(Diterjermah daripada artikel The Christian Post bertajuk "Colton Burpo Says His 'Heaven Is For Real' Story Is True" penulisan Anugrah Kumar bertarikh 18 Januari 2015)