Selasa, 24 Februari 2015

Ahli Parlimen BN Sabah Menggesa Agar Guru Dalam Kontroversi Penukaran Agama Dipindahkan

Kontroversi itu terdedah awal bulan ini apabila penoreh getah, Jilius Yapoo membuat laporan 
polis, bahawa anaknya telah ditukar agama ke Islam semasa di asrama SMK Kinarut. 

KOTA KINABALU, 24 Feb - Seorang ahli parlimen Barisan Nasional Sabah telah menyertai ibubapa-ibubapa yang kemarahan di sini untuk mendesak agar guru yang terlibat dalam penukaran agama seorang pelajar Kristian, dipindahkan ke sekolah yang sepenuhnya Muslim.

Dalam suatu catitan Facebook, pemangku presiden United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO), Madius Tangau berkata permintaan untuk perpindahan telah disampaikan kepada Jabatan Pendidikan Sabah.

Datuk Madius Tangau
"Saya sudah meminta kepada Datuk Jame Alip, Pengarah Pejabat Pendidikan Negeri Sabah supaya janganlah guru tersebut dipindahkan ke sekolah yang mempunyai ramai pelajar Bukan Islam.

"Sebaliknya guru tersebut hendaklah dipindahkan ke Sek Men Agama di mana pelajarnya 100 peratus beragama Islam," begitu ditulis ahli parlimen Tuaran itu.

Beliau menjawab suatu catitan oleh seorang rakyat Sabah yang menggesa ibubapa-ibubapa di sini untuk mengambil perhatian akan anak-anak mereka di sekolah di mana guru itu telah dipindahkan beberapa bulan lalu sebelum kontroversi penukaran agama itu menjadi tajuk berita media.

Komen Tangau menerima banyak likes, dengan sebilangan orang menyatakan sokongan, dengan mendakwa bahawa itu akan menghentikan guru itu daripada "memecah-belahkan keluarga lain."

Rakyat Sabah yang kemarahan telah berkempen menentang guru itu, yang merupakan bekas warden asrama SMK Kinarut di mana remaja Kristian itu dikatakan menukar agama, setelah Jabatan Pendidikan Sabah menyatakan bahawa guru dan sekolah tersebut tidak melakukan kesalahan.

Menurut siasatan jabatan itu, pelajar perempuan 16 tahun itu telah memeluk Islam atas kehendaknya sendiri.

Mesej-mesej telah menjadi viral di media sosial seperti Facebook dan Whatsapp, dengan sebilangan orang, selepas mendakwa bahawa guru itu sekarang di SMK Tamparuli, menggesa ibubapa-ibubapa untuk berwaspada akan sebarang aktiviti penukaran agama yang tidak mengikut undang-undang.

"Sila ambil langkah berjaga-jaga! Kerana guru yang bertanggungjawab mengislamkan pelajar bawah umur tanpa kebenaran ibubapa dan tidak mengikut perlembagaan dan undang-undang, kini mengajar di SMK Tamparuli. Sila pantau cikgu ini kerana apa yang dilakukan beliau adalah salah dan merosakkan institusi keluarga," kata seorang pengguna Facebook Cholyne Roy Jumin Jimmy.

"Sikap lepas tangan beliau pada apa yang dia lakukan ini amat tidak patut. Perhatian!! Ambil langkah berjaga-jaga. Jangan sampai anak-anak anda jadi mangsa beliau," katanya dalam satu catitan Facebook pada 20 Februari.

Komen-komen lain juga menyatakan bahawa sekolah dan guru terbabit harus dipertanggungjawabkan kerana mengkhianati kepercayaan ibubapa dalam sistem persekolahan yang tidak seharusnya campur tangan dalam agama seseorang pelajar.

Kontroversi itu terdedah awal bulan ini apabila penoreh getah berusia 46 tahun, Jilius Yapoo membuat laporan polis yang mendakwa bahawa anak perempuannya telah ditukar agama ke Islam semasa di asrama sekolah SMK Kinarut.

Pelajar itu, yang asalnya seorang Kristian dari gereja Sidang Injil Borneo, dilaporkan telah mengucap kalimah syahadah untuk mengisytiharkan penerimaannya terhadap Islam dan memakai tudung tanpa pengetahuan ibubapanya.

Kejadian itu didakwa telah disaksikan oleh bekas warden asrama sekolah tersebut.

Ketika dihubungi, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Datuk Jame Alip enggan mengulas mengenai perkara itu pada waktu ini tetapi mengatakan bahawa dia akan memberi jawapan dalam masa beberapa hari.

Dia telah sebelum ini mengesahkan bahawa guru terbabit telah dipindahkan pada hujung tahun lepas ke sebuah sekolah lain di daerah Tuaran.

SMK Tamparuli berada di dalam daerah Tuaran.

Menurut undang-undang, agama seseorang yang di bawah umur adalah ditentukan oleh ibubapanya. Di bawah undang-undang agama, mengucapkan kalimah syahadah mencukupi untuk menjadikan seseorang Muslim, tetapi tidak di bawah perlembagaan, yang menyatakan bahawa anak di bawah umur memerlukan persetujuan dari ibubapanya.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman telah mengesahkan bahawa pelajar itu, meskipun telah mengucap kalimah syahadah dan memakai tudung, bukan seorang Muslim secara rasmi, kerana tiada dokumen sokongan yang rasmi.

Jilius dalam proses memindahkan keempat-empat anaknya, termasuk anak perempuan yang terlibat dalam kontroversi itu, ke sebuah sekolah berasrama lain dengan asrama yang dikendalikan oleh orang Katolik.

(Diterjemahkan daripada artikel The Malay Mail Online bertajuk, "After Public Outcry, Sabah BN MP Seeks Transfer Of Teacher In Conversion Row" bertarikh 24 Februari 2015)