Isnin, 9 Februari 2015

Kerajaan Arahkan Mara Hentikan Larangan Agama Terhadap Pelajar-Pelajar Bukan Islam

Dato' Seri Shafie Apdal, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

KUCHING: Mara akan diarahkan untuk menghentikan suatu larangan di maktab-maktabnya dan kampus universitinya di Sabah dan Sarawak, menteri persekutuan yang bertanggungjawab, Shafie Apdal, mengumumkan hari ini selepas bantahan daripada ibubapa-ibubapa bukan Muslim pribumi yang anak-anak mereka mengikuti pendidikan di institusi-institusi Mara.

Tidak ada dasar kerajaan persekutuan untuk menyekat amalan-amalan keagamaan di kalangan pelajar-pelajar Mara, Shafie Apdal berkata dalam sidang akhbar yang telah diatur dengan cepat pada pagi ini, begitu dilaporkan oleh Malaysian Insider.

Dia berkata sekiranya ada sekatan-sekatan seperti itu, "ianya tidak betul." Dia menambah bahawa, "Jika ada peraturan seperti itu, kita akan tarik balik."

Shafie sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, bertanggungjawab untuk menyelia Mara, yang telah ditubuhkan sebagai agensi tabung amanah Bumiputera, yang juga mengendalikan maktab-maktab sains rendah dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Sidang akhbar itu telah diadakan selepas Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem bertemu dengan Shafie malam tadi, berkenaan kebimbangan ibubapa Dayak bahawa anak-anak mereka tidak dibenarkan mengamal kepercayaan mereka semasa menuntut di maktab-maktab Mara.

Adenan dilaporkan telah memberitahu Shafie bahawa peraturan-peraturan itu adalah bertentangan dengan dasar kerajaan Sarawak berkenaan kebebasan beragama, menurut Malaysian Insider.

Baru Bian dari Parti Keadilan Rakyat telah terdahulu mengatakan hari ini bahawa dia akan mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap Mara sebab larangan ke atas aktiviti-aktiviti bukan Islam adalah tidak mengikut Perlembagaan dan bertentangan dengan jaminan Perlembagaan untuk mengamalkan kepercayaan agama.

Tiga maktab Mara telah dilaporkan melarang semua aktiviti agama bukan Islam di kawasan kampus; larangan ke atas semua simbol agama bukan Islam; dan pelajar-pelajar dilarang mengikuti aktiviti-aktiviti bukan Islam di luar kampus pada penghujung minggu kecuali dengan izin maktab. 

Ibubapa Dayak juga telah berkata anak-anak mereka tidak dibenarkan membawa Alkitab  mereka dan makanan yang telah di masak di rumah, dan juga dilarang menggunakan pengangkutan maktab untuk mengikuti kebaktian gereja. 


Peraturan-peraturan yang telah menimbulkan bantahan ibubapa-ibubapa Dayak di Sarawak

Shafie berkata "salah tafsir" berkenaan peraturan mungkin telah timbul kerana peraturan-peraturan telah mula dirangka pada 1972, apabila maktab-maktab Mara telah ditubuhkan di semenanjung, di mana semua pelajar bumiputera adalah Melayu dan beragama Islam.

Ibubapa telah mengatakan bahawa larangan-larangan itu merupakan diskriminasi agama dan akan memupuk sifat tidak toleransi dan kurang menghormati. Seorang bapa enggan menghantar anak perempuannya ke maktab dan telah memuatkan di internet satu salinan peraturan-peraturan tambahan untuk pelajar-pelajar bukan Islam. 

Shafie menafikan berlaku sebarang diskriminasi. "Tidak ada larangan ke atas pelajar-pelajar bukan Islam dalam mengamalkan kepercayaan mereka. Pada hujung minggu, kita menyediakan pengangkutan untuk pelajar-pelajar Kristian untuk menghadiri gereja seperti mana kita lakukan untuk pelajar-pelajar Muslim mengikuti sembahyang Jumaat.

"Mereka boleh bawa Alkitab mereka ke kampus dan jika ada orang yang cuba melarang mereka, laporkan mereka kepada kami dan kami akan bertindak," kata Shafie.

Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar II Sarawak, Awang Tengah Ali Hassan berkata semua peraturan untuk maktab-maktab Mara di Sarawak perlu dirangka semula. 

Menteri Pembangunan Tanah Sarawak, James Masing telah berkata bahawa sekatan-sekatan itu adalah salah dari segi Perlembagaan dan moral. Pengerusi DAP negeri, Chong Chien Jen telah merayu kepada kerajaan Sarawak untuk menolak peraturan-peraturan itu. 

(Diterjemahkan daripada artikel "Govt Orders Mara To Lift Religious Ban" bertarikh 8 Februari 2015)