Rabu, 4 Mac 2015

Guru-Guru Dalam Kontroversi Penukaran Agama Telah Dipindah Sekolah

Keratan akhbar The Star, 4 Mac 2015

KOTA KINABALU: Sepasangan guru yang dikaitkan dengan dakwaan penukaran agama seorang pelajar 16 tahun di SMK Kinarut telah dipindahkan.

Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip berkata pasangan itu yang dulunya guru di SMK Kinarut telah meminta untuk dipindahkan ke sekolah lain pada penghujung tahun lepas berikutan dakwaan penukaran agama itu.

Dia berkata pasangan itu telah dipindahkan untuk kali kedua baru-baru ini selepas dakwaan penukaran agama itu diketahui umum dan isteri itu menerima ancaman dalam laman Facebooknya.

Jame berkata suami dan isteri itu kini bertugas di SMK Agama Tun Ahmadshah, di Inanam.

Dia berkata itu adalah pilihan terbaik berikutan kontroversi di mana seorang penoreh getah mendakwa anak perempuannya telah ditukar agama pada awal Februari tanpa pengetahuan dan persetujuannya.

"Itu adalah yang terbaik untuk semua orang," dia berkata setelah mengumumkan keputusan keseluruhan SPM di Wisma Pendidikan di sini semalam. 

Jame berkata bahawa jabatan juga sedang membantu pelajar perempuan 16 tahun itu dan tiga adiknya untuk dipindahkan ke sekolah lain atas permintaan ibu bapanya. 

"Ada sedikit masalah kerana ianya melibatkan empat pelajar untuk dipindahkan ke sekolah pilihan mereka", katanya. 

(Diterjemah daripada artikel The Star bertajuk, "Teachers In Conversion Of Student Transferred" bertarikh 4 Mac 2015)