Jumaat, 27 Mac 2015

Pelajar Dipaksa Tukar Agama Tanpa Persetujuan Ibu Bapa

Sebahagian laporan Borneo Post
Online pada 27 Mac 2015
MIRI: Seorang pelajar Iban berusia 13 tahun yang bersekolah di SMK Lutong telah membuat laporan polis terhadap seorang guru pada 25 Mac kerana dipaksa menukar agama tanpa persetujuan ibu bapa.

Menurut laporan yang telah dibuat oleh pengadu itu, dia telah dibawa oleh seorang guru yang dikenalinya ke sebuah rumah di kawasan perumahan Samling di Kuala Baram diringi oleh dua wanita dan tiga lelaki.

Di rumah itu, dia telah dibawa untuk "membaca doa dalam agama Islam", dan selepas itu dia telah diberikan RM250 dan pakaian sembahyang Muslim.

Mereka didakwa telah mengatur tarikh untuk membawanya ke Jabatan Agama Islam pada 16 Mac tetapi dia menegaskan bahawa dia tidak memiliki niat untuk menukar agama ke Islam.

Dalam surat aduan rasmi pada 24 Mac kepada pengetua SMK Lutong yang ditandatangani oleh ibu bapanya serta datuk dan neneknya, dua guru dituduh terlibat dalam dakwaan penukaran agama secara paksa itu, dan bahawa mereka bukan sahaja memberi wang kepada pelajar itu untuk membeli pakaian sembahyang tetapi telah juga memberikannya nama Muslim dan juga akan menyediakan tag nama baru dengan nama tersebut.

(Diterjemah daripada artikel Borneo Post Online bertajuk, "Teacher Forces Student To Convert Without Parental Consent" bertarikh 27 Mac 2015)