Jumaat, 23 Oktober 2015

Apa Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Perbicaraan City Harvest

City Harvest Church di Jurong, Singapura

SINGAPURA - Selepas lebih daripada dua tahun, perbicaraan City Harvest yang berpanjangan telah akhirnya sampai ke penghujung. Peguam di kedua-dua pihak telah menyampaikan hujah terakhir mereka pada hari Selasa.

Inilah apa yang anda perlu tahu mengenai perbicaraan itu:

1. SIAPAKAH YANG TERLIBAT?

(Ikut arah jam dari atas kiri) Kong Hee, Tan Ye Peng, Serina Wee, John Lam,
Chew Eng Han dan Sharon Tan (Foto Straits Times/Wong Kwai Chow)

Enam tertuduh itu merupakan pemimpin atau bekas pemimpin City Harvest Church (CHC) - mereka adalah senior pastor Kong Hee, 51 tahun; timbalan senior pastor Tan Ye Peng, 42 tahun; bekas pengurus-pengurus kewangan Serina Wee, 38 tahun dan Sharon Tan, 39 tahun: bekas ahli-ahli jawatankuasa pelaburan gereja Chew Eng Han, 55 tahun, dan John Lam, 47 tahun.

2. APAKAH YANG TERJADI?

Keenam mereka dituduh menyalahgunakan wang S$24 juta dari tabung pembangunan CHC melalui pelaburan bon palsu dalam syarikat penerbitan muzik Xtron dan pembuat kaca Firna. Mereka juga dituduh menyalahgunakan lagi S$26 juta untuk menutupi penyalahgunaan yang pertama. 

Bon-bon itu digunakan untuk mendanai projek gereja yang dipanggil Crossover.

3. APAKAH PERTUDUHAN TERHADAP MEREKA?

Mereka berenam menghadapi pelbagai pertuduhan pecah amanah dan pemalsuan akaun. Kesalahan bagi pecah amanah boleh membawa hukuman penjara seumur hidup atau sehingga 20 tahun penjara dan denda. Pemalsuan akaun membawa hukuman penjara sepuluh tahun maksima, denda, atau kedua-duanya sekali.

4. APAKAH PROJEK CROSSOVER ITU?

Isteri Kong Hee, Ho Yeow Sun,
juga dikenali sebagai Sun Ho
penyanyi Projek Crossover
(Foto oleh Wong Kwai Chow)
Itu adalah nama lain untuk karier muzik sekular isteri Kong, penyanyi pop, Ho Yeow Sun. CHC berkata bahawa mereka ingin menggunakan muziknya untuk menyebarkan Injil.

5. BAGAIMANAKAH BON-BON ITU BERMULA?

Bon-bon itu bermula sebagai satu cara untuk Gereja mendanai Projek Crossover secara senyap. Itu adalah strategi yang telah dirangka oleh Kong, Chew telah memberitahu Mahkamah.

Itu adalah respon kepada kebimbangan mengenai penyalahgunaan dana gereja yang ditimbulkan oleh ahli gereja Roland Poon pada 2003. Encik Poon mendakwa bahawa gereja telah menggunakan derma daripada ahli-ahli untuk mendanai karier muzik Ho. Perjanjian untuk pendaftaran bon yang pertama telah ditandatangani pada 2007.

6. BERAPA LAMAKAH PERBICARAAN SUDAH BERLANGSUNG?

Perbicaraan telah mengambil lebih 140 hari - sejak ianya bermula pada 2013. Ianya adalah salah satu kes jenayah yang terpanjang dalam sejarah, hanya di belakang sebuah kes pengedaran dadah pada 1990an yang berlangsung selama 168 hari.

7. SIAPAKAH YANG MENGHADIRI PERBICARAAN?

Seorang pegawai keselamatan memberikan pas masuk kepada orang-orang yang telah berbaris
untuk mengikuti perbicaaan kes City Harvest pada 26 Ogos 2013 (Foto ST/Wong Kwai Chow)

Perbicaraan mahkamah dihadiri kebanyakannya oleh ahli-ahli gereja, meskipun minat terhadap kes semakin pudar sejak perbicaraan dimulakan. Sewaktu perbicaraan mula-mula diadakan, ahli-ahli gereja akan berbaris sebelum fajar di luar bangunan mahkamah untuk mendapat tempat duduk dalam bilik mahkamah.

8. APAKAH YANG AKAN BERLAKU SETERUSNYA?

Hakim untuk Mahkamah Negeri See Kee Onn akan mengumumkan keputusannya pada 21 Oktober - selepas itu pihak pendakwa raya atau peguambela boleh mengemukakan rayuan.

(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel Straits Times bertajuk "What You Need To Know About The City Harvest Trial" bertarikh 16 September 2015)