Isnin, 30 November 2015

"A Charlie Brown Christmas" Merayakan 50 Tahun Penyiaran!

Charlie Brown dan Linus dalam siaran animasi "A Charlie Brown Christmas"

Apakah makna Krismas? Linus, watak komik Peanuts dalam siaran animasi perayaan "A Charlie Brown Christmas", yang telah disiarkan di televisyen 50 tahun berturut-turut, memberi jawabannya kepada Charlie Brown dengan mengungkapkan kata-kata ini; 


Selamat Ulangtahun, Charlie Brown!
Tiba-tiba berdirilah seorang malaikat Tuhan di dekat mereka dan kemuliaan Tuhan bersinar meliputi mereka dan mereka sangat ketakutan. 

Lalu kata malaikat itu kepada mereka: "Jangan takut, sebab sesungguhnya aku memberitakan kepadamu kesukaan besar untuk seluruh bangsa: Hari ini telah lahir bagimu Juruselamat, yaitu Kristus, Tuhan, di kota Daud.

Dan inilah tandanya bagimu: Kamu akan menjumpai seorang bayi dibungkus dengan lampin dan terbaring di dalam palungan." (Lukas 2:9-12).

Pada malam ini ABC akan menyiarkan siaran istimewa untuk merayakan ulangtahun ke-50 siaran khas animasi "A Charlie Brown Christmas" yang telah disiarkan untuk pertama kalinya pada Disember 1965. Sejak waktu itu, ianya telah disiarkan di televisyen Amerika Syarikat selama 50 tahun berturut-turut sempena musim Krismas sehingga ke hari ini. Beberapa fakta menarik mengenai filem ini;

1. "A Charlie Brown Christmas" adalah siaran khas animasi televisyen berdasarkan siri komik popular Peanuts oleh Charles M. Schulz. Ianya diterbitkan oleh Lee Mendelson dan diarahkan oleh Bill Melendez, dan disiarkan pertama kalinya di CBS pada 9 Disember 1965.

2. Tujuan utama Charles Schulz bagi siaran animasi ini adalah untuk memberi fokus kepada makna sebenar Krismas, seperti diucapkan oleh Linus di pentas bagai menjawab soalan Charlie Brown.



3. Pengucapan ayat-ayat Alkitab itu hampir tidak disiarkan kerana penerbit Mendelson dan pengarah Melendez merasa khuatir bahawa pembacaan itu akan menjadi kontroversi di televisyen nasional. Namun begitu, Schulz tetap bertegas bahawa babak itu harus disertakan dan akhirnya babak itu diterima untuk disiarkan dan menjadi bahagian penting dalam siaran itu.

4. Mendelson dan Melendez juga ragu-ragu akan kejayaan siaran itu pada mulanya, tetapi Schulz telah menjauhkan kebimbangan mereka dengan berkata, "Jangan khuatir, semuanya akan elok." Schulz terbukti benar apabila siaran itu menjadi kejayaan yang luar biasa, sehingga disiarkan selama 50 tahun secara berturut-turut di televisyen Amerika.

5. "A Charlie Brown Christmas" adalah siaran perayaan yang kedua paling lama tempoh penyiarannya, hanya di belakang "Rudolph, the Red Nose Reindeer" (1964).

6. Sewaktu disiarkan untuk pertama kali oleh CBS pada 9 Disember 1965, ianya berjaya menarik lebih kurang separuh dari Amerika Syarikat untuk menontonnya. Sejak itu ianya telah disiarkan secara tahunan dan masih terus mendapat penilaian tinggi dari segi jumlah penonton (dengan purata 6 juta penonton ketika disiarkan tahun lalu).

7. Oleh kerana "A Charlie Brown Christmas" telah disiarkan secara tahunan di televisyen nasional, ayat-ayat Lukas 2:8-14 yang diucapkan oleh Linus itu boleh dikatakan salah satu petikan Alkitab yang paling banyak disiarkan dalam sejarah televisyen Amerika Syarikat.

Terima kasih Charles Schulz dan semua yang terlibat menghasilkan "A Charlie Brown Christmas", animasi klasik Krismas ini!


Video - Makna Sebenar Krismas dari "A Charlie Brown Christmas"



(Sumber rujukan: Relevant Magazine, USA Today, Wikipedia)