Selasa, 1 Disember 2015

Miss Universe Putuskan Hubungan Dengan Tim Tebow Kerana Pendirian Tim Yang Menolak Seks Sebelum Nikah

Bekas juara Miss USA dan Miss Universe, Olivia Culpo dan pemain American football Tim Tebow

Tim Tebow telah ditinggalkan secara rasmi oleh bekas juara Miss USA dan Miss Universe.

Dan punca untuk putus hubungan itu?

Telah disahkan bahawa pemain quarterback American football dan Kristian terkemuka itu telah ditinggalkan kerana dia enggan menjalinkan hubungan seks. 

Pasangan itu mula berpacaran pada Oktober, tetapi Olivia tidak menyedari betapa seriusnya pendirian Tim mengenai sumpah kesuciannya. Menurut NYMag, sekali dia menyedari bahawa Tim tidak akan berganjak dari pendiriannya untuk menjauhi seks sebelum nikah, dia pun menghentikan perhubungan itu. 

Satu sumber yang tidak ingin dinamakan memberitahu New York Daily News, "Tim benar-benar sukakannya, dia menghantarnya surat-surat cinta dan nota-nota yang comel, dan melafazkan cintanya untuknya. Olivia terpaksa membatalkan hubungan mereka kerana dia tidak dapat tahan dengan keadaan ini. Tim masih cuba menghubunginya, tapi Olivia tidak dapat menerima pendiriannya mengenai seks itu. Saya kira Tim cukup tegas dalam hal itu."

Olivia Culpo rupa-rupanya pernah menjalin hubungan di waktu silam di mana dia berjaya menyebabkan para lelaki melanggar sumpah kesucian mereka, tetapi Tim terbukti tidak begitu mudah dikalahkan.

Olivia juga pernah berdating dengan Nick Jonas, yang telah melucutkan cincin sumpah kesuciannya tidak lama selepas perhubungan mereka bermula. Jonas telah mengatakan bahawa menanti sehingga pernikahan, "bukan lagi sesuatu yang saya amalkan lagi." 

Mungkin supermodel itu berfikir bahawa daya tarikannya akan berhasil lagi tetapi ternyata tidak berjaya. 




Satu sumber memberitahu US Weekly bahawa Tim Tebow memandang Olivia umpama "bidadari", tetapi daya tarikannya itu tidak cukup untuk membuat Tim melanggar sumpahnya kepada cinta ilahi yang sejatinya: Tuhan. 

Amalan menjauhi seks sebelum nikah mungkin akan menjejaskan hubungan cintanya, tetapi Tim Tebow kelihatannya tidak terlalu tergoncang. Pada hari yang sama putus hubungan itu dilaporkan, dia telah menghantar tweet ini:


Pengumuman mengenai putus hubungan itu dibuat kebetulannya pada Hari Kesyukuran (Thanksgiving Day). Walau pun putus hubungan bukanlah perkara pertama yang anda akan fikirkan untuk mengucap syukur, Tim Tebow kelihatannya telah melakukan itu. 




Dan ianya memberikan teladan yang sangat baik untuk apa yang kita harus lakukan apabila hubungan romantik kita tidak berjaya, sebab akhirnya, itu cuma bererti bahawa Tuhan mempunyai seseorang yang lebih baik untuk kita. 

Syabas kepada Tim Tebow kerana telah meletakkan nilai yang tinggi untuk budaya kita yang obses dengan seks bahawa cinta yang sejati dapat menanti - dan jika ianya tidak dapat, ianya bukan cinta yang sejati sebenarnya... sebab kasih setia-Nya adalah untuk selama-lamanya. 

(Diterjemah oleh SDP daripada artikel Faith It bertajuk, "Miss Universe Tried Getting Tim Tebow To Have Sex With Her - And His Reaction Is Gold" bertarikh 30 November 2015)