Rev. Billy Graham berkhutbah di rapat umum penginjilan di Oklahoma (Foto BGEA) |
Jawaban: Tiada pastor yang sempurna, itu sepastinya – tetapi jika Tuhan telah memanggil seseorang untuk menjadi pastor dan mengutusnya untuk melayani di sebuah gereja tertentu, dengan itu dia harus dibantu dan didorong dengan segala cara yang mungkin. Alkitab mengatakan, "Siapakah yang dapat menjamah orang yang diurapi TUHAN, dan bebas dari hukuman?" (1 Samuel 26:9).
Adakah itu bererti pastor-pastor selalu tidak boleh dikritik – walaupun mereka lalai dalam tanggungjawab mereka atau bersalah dalam sesuatu hal? Tidak, bukan begitu – tetapi kebanyakan gereja ada cara-cara untuk menguruskan hal-hal demikian melalui lembaga majlis pemimpin atau struktur denominasinya. Paulus mengingatkan orang-orang Kristian di Korintus bahawa, "Tetapi segala sesuatu harus berlangsung dengan sopan dan teratur" (1 Korintus 14:40).
Dengan sedih, saya mengenal anggota-anggota gereja yang kelihatan suka untuk mengkritik pastor mereka – dan kadang-kadang mereka terus melakukannya pastor selepas pastor. Saya tidak pernah tahu kenapa; mungkin mereka melakukannya untuk mendapat perhatian. Tetapi apa pun sebab mereka, ianya salah, dan adalah dosa di mata Tuhan. Bukan saja ianya menyebabkan perpecahan dalam gereja, tetapi ianya juga bererti bahawa hati dan fikiran mereka tertutup kepada pengajaran Firman Tuhan.
Doakan untuk kesempatan bercakap dengan kawan-kawan anda mengenai sikap mereka, menggesa mereka bukan saja menghindari dari mengkritik pastor mereka tetapi melakukan segala yang mereka dapat untuk menyokong dan membantu individu ini. Berdoa juga untuk gereja dan para pastor anda, agar mereka benar-benar akan "Gembalakanlah kawanan domba Allah ... dengan sukarela" 1 Petrus 5:2).
(Diterjemah daripada artikel Charisma News bertajuk, "Billy Graham: Criticizing Your Pastor Is A Sin" penulisan Billy Graham bertarikh 3 November 2015)