Datuk Chua Jui Meng dan laporan Malay Mail bertarikh 5 Ogos 2004 |
Pada 4 Ogos 2004, Damien Chua, anak lelaki kepada bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng telah dirompak dan diculik bersama keretanya semasa mengisi minyak di stesen minyak Projet di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur.
Laporan New Straits Times, 4 Ogos 2004 (Klik untuk imej lebih besar) |
Akhbar-akhbar tempatan telah melaporkan kejadian tersebut yang berakhir dengan kereta itu melanggar penghadang konkrit dan seorang daripada dua penculik itu telah berjaya diberkas polis berdekatan tempat kemalangan. Damien Chua dalam keadaan selamat walaupun mengalami kecederaan di tangan akibat ditetak dengan parang oleh penculik itu.
Bekas Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng telah menceritakan kisah sebenar di sebalik insiden itu sewaktu bersaksi di sebuah gereja (diterjemah daripada petikan artikel blog Feelings bertarikh 7 September 2004):
Dato' Chua Jui Meng, bekas Menteri Kesihatan |
"Anak saya di stesen petrol Projet untuk mengisi petrol - betul. Dua lelaki telah mendekatinya dengan parang juga adalah betul, dan parang itu seperti yang mereka gunakan untuk lawan kungfu dengan bilah yang tajam. Penculik-penculik itu membawa kereta dan memandu dari Projet ke arah Jalan Duta juga adalah betul."
Kemudian dia mengatakan sesuatu yang mengejutkan, "Tetapi ianya bukan seorang anggota polis yang menyuruh penculik itu untuk memberhentikan kereta. Akhbar telah melaporkan bahawa kakitangan Projet telah menelefon polis tetapi kemudiannya saya telah menanya pengurus stesen minyak itu, dan dia berkata selepas menyiasat, bahawa tidak ada rekod kakitangannya menelefon polis. Oleh itu kakitangan Projet tidak menyedari pun apa yang telah berlaku, dan tidak ada orang yang sebenarnya tahu apa yang telah terjadi."
Datuk Chua meneruskan dengan berkata bahawa Damien telah memberitahunya semasa kereta berada di Jalan Duta, satu tangan telah membuka pintu kereta dan suatu suara yang lantang telah menyuruh perompak-perompak itu, "Keluar sekarang!"
Terkejut dan menggeletar ketakutan, penculik itu kemudiannya memandu secepat yang dia dapat, dan melihat ke cermin belakang setiap masa, seolah-olah ada orang yang sedang mengejarnya. Itulah masanya dia hilang kawalan atas kereta dan sengaja melanggarkan kereta itu ke sebelah Damien (sebelah kiri kereta). Kereta itu remuk dengan teruk tetapi Damien secara ajaib telah keluar daripadanya tanpa satu calar pun (selain daripada luka dari tetakan oleh penculik-penculik itu).
Tangan Siapakah Yang Membuka Pintu Itu?
Begitu menakjubkan kesaksian perlindungan dan penjagaan Tuhan! Tetapi tangan siapakah yang telah membuka pintu itu? "Semasa soal siasat polis, penculik-penculik itu berkata ianya seorang lelaki yang berpakaian serba putih," kata Datuk Chua.
Dia meneruskan dan berkata bahawa polis juga telah memberitahunya bahawa tidak ada polis yang bertugas di sepanjang atau berdekatan Jalan Duta pada waktu itu. "Damien telah memberitahu saya bahawa sepanjang masa penculik-penculik itu berada dalam keretanya, dia telah terus berdoa dalam bahasa roh. Penculik-penculik itu tidak melarangnya dan membiarkannya terus berdoa. Dia berkata dia telah berdoa, 'Yesus, hanya Engkau saja yang tahu apa yang aku sedang lalui dan boleh menolong. Tolonglah aku.' Sesungguhnya hanya Yesus saja yang tahu dan boleh menolong Damien," kata Datuk Chua sambil dia mengakhiri kesaksiannya.
Baca juga kesaksian seperti yang diceritakan sendiri oleh anaknya, Damien di sini - Diselamatkan Oleh Malaikat - Kesaksian Damien Chua

(Dipetik dan diterjemah oleh SDP daripada artikel blog Feelings "Datuk Chua Jui Meng's Testimony" bertarikh 7 September 2004)