Tali yang diperbuat daripada selulos pohon khurma di Tapak 34 di Timnah |
Fabrik, kulit dan biji benih berusia tiga ribu tahun dari zaman Raja Daud dan Salomo telah ditemukan di Israel.
Hasil-hasil tenunan ini, yang berasal dari Abad Ke-10 Sebelum Masihi adalah yang pertama dari zaman itu untuk ditemukan, dan di dalam "keadaan terpelihara yang baik", dan menyumbang "bukti fizikal yang pertama" mengenai apa yang dipakai oleh penduduk Israel pada zaman ini, kata Erez Ben-Yosef, ahli kaji purba utama di Universiti Tel Aviv.
Di antara penemuan, yang digali dari lombong purba tembaga di Timnah, selatan Israel, adalah serpihan pakaian, khemah, tali dan beg.
Tapak penggalian itu, di antara Laut Mati dan Eilat, dipercayai oleh sebilangan sarjana adalah lombong-lombong Raja Salomo.
Penggalian di bengkel logam Tapak 34 di Timnah |
"Keadaan yang amat kering lombong-lombong itu telah menyebabkan pemeliharaan yang sungguh baik bahan-bahan organik, termasuk biji benih, kulit dan fabrik, dan lain-lain artifak yang sangat jarang ditemukan, yang memberi gambaran akan budaya dan amalan pada zaman itu," kata universiti itu.
Penemuan peninggalan-peninggalan kuno ini adalah "pengesahan" teks alkitabiah, kata Vanessa Workman, seorang anggota dari pasukan penggalian dan penganalisa. "Ianya menghidupkan kembali budaya di padang pasir pada zaman itu."
Fabrik itu, yang sebesar 5 cm, memberikan "bukti baru dan penting" mengenai orang-orang Edom, yang merupakan keturunan dari Esau. kata Ben-Yosef.
Kain tenunan kapas yang halus dan diwarnakan merah dan biru |
Fabrik yang bertahap mewah dipakai ahli-ahli kraf yang sangat mahir dan sangat dihormati yang menguruskan tempat perapian tembaga," tambahnya.
"Mereka bertangunggjawab untuk meleburkan tembaga itu, yang merupakan satu proses yang sangat kompleks."
(Diterjemah oleh SDP daripada artikel Christian Today bertajuk "Textiles From Time Of King David Discovered In Israel" penulisan Florence Taylor bertarikh 25 Februari 2016)