Isnin, 15 Februari 2016

Tujuan Di Sebalik Gereja Kasut Tumit Tinggi Di Taiwan


Sebuah gereja kaca setinggi 16 meter (55 kaki) dengan bentuk kasut bertumit tinggi telah dibina di Taiwan, dikatakan untuk menarik kunjungan lebih ramai wanita. 

Apa... gereja kaca berbentuk,,,?

Ya, benar, sebuah gereja kaca, yang dibentuk seperti kasut tumit tinggi yang amat besar sepertinya yang terhilang dari Cinderella gergasi semasa berlumba melalui wilayah perairan Chiayi. 

Dibuat dengan 320 keping kaca bertinta, bangunan biru bersinar itu berukuran lebih daripada 10m (36 kaki) lebar dan dibina dengan kos US$686,000. 



Penggambaran dari atas yang diambil di kawasan itu juga menunjukkan saiz dan skala gereja yang berpermandangan tepi laut, dan termasuk sebuah pentas terbuka berwarna biru dengan lampu-lampu sorot. 

Ianya dijangka dibuka kepada umum pada 8 Februari, sempena Tahun Baru Cina. 

Siapakah Yang Telah Membina Kasut Ini?

Ianya adalah ciptaan pihak berkuasa tempatan di Kawasan Peranginan Perairan Barat Daya Nasional, satu tempat peranginan terkenal di Taiwan. yang telah mengambil keputusan membinanya pada Jun lepas.

Tetapi Pan Tsuei-Ping, pengurus bahagian rekreasi pentabiran itu, memberitahu BBC bahawa gereja itu tidak akan digunakan untuk kebaktian biasa, tetapi untuk penggambaran pra-nikah dan istiadat perkahwinan.

"Dalam perancangan kami, kami ingin menjadikannya tempat yang bahagia dan romantik... setiap gadis dapat membayangkan bagaimana penampilan mereka ketika menjadi pengantin," Cik Pan memberitahu BBC.



Kasut itu mendapat inspirasi daripada sebuah kisah tempatan. Menurut para pegawai, pada 1960an, seorang gadis berusia 24 tahun dengan nama keluarga Wang dari wilayah yang menderita kemiskinan itu telah mendapat penyakit Blackfoot. Kedua-dua kakinya terpaksa dipotong, dan menyebabkan perkahwinannya dibatalkan. Dia tidak berkahwin lagi dan menghabiskan seluruh hidupnya di gereja.

Kasut bertumit tinggi itu adalah untuk memperingati gadis itu.

Untuk menarik kunjungan lebih wanita?

Ya, ini kelihatan sebabnya di sebalik rekabentuknya.

"Akan ada 100 ciri-ciri kewanitaan di gereja ini seperti daun-daun maple, kerusi untuk kekasih, biskut dan kuih-muih." jurucakap kerajaan Zheng Rongfeng berkata kepada media tempatan.

"Ianya dibina khusus untuk wanita, terutama pelancong-pelancong wanita yang melawat ke kawasan ini."

Gambar illustrasi oleh Goh Wei Choon

(Dipetik dan diterjemah daripada artikel BBC bertajuk, "The Giant Glass Slipper Church Of Taiwan" penulisan Heather Chen dan Grace Tsoi bertarikh 15 Januari 2016)