Pemain point guard pasukan Golden State Warriors, Stephen Curry, adalah salah seorang pemain paling dikagumi dalam NBA pada saat ini, tetapi ahli sukan Kristian yang rendah hati ini menyatakan semua kejayaannya adalah kerana Tuhan.
"Saya tahu bahawa Tuhan sedang mempersiapkan saya untuk pentas yang lebih besar untuk mewakili dan menjadi saksi bagi-Nya di gelanggang bola keranjang. Saya masih ingat ibu saya memberitahu saya dari hari pertama lagi saya di Kolej Davidson bahawa Tuhan telah meletakkan umat-Nya di bidang-bidang kehidupan yang berbeza supaya mereka boleh menjangkau lebih ramai orang bagi-Nya," dia berkongsi dengan Fellowship of Christian Athletes menurut Charisma News.
Walaupun dengan tahap kemasyhuran dan penghormatan yang telah dicapainya, Curry tidak mengambil ringan kejayaannya dan berusaha memperbaiki kemahirannya setiap hari.
"Tuhan telah memberi saya bakat untuk bermain bola keranjang untuk menyara hidup, tetapi saya masih perlu bekerja keras setiap hari," katanya. "Saya tahu dalam segalanya, ini cuma satu permainan yang boleh diambil daripada saya pada bila-bila waktu. Tetapi saya suka bahawa bola keranjang telah memberi saya kesempatan untuk melakukan hal-hal yang baik untuk orang lain dan menunjukkan mereka kepada Peribadi yang telah mati untuk dosa kita di kayu salib. Saya tahu saya memiliki tempat di syurga yang menantikan saya oleh kerana Dia, dan itu adalah sesuatu yang tiada piala atau hadiah di dunia dapat tandingi."
Pada waktu yang sama, Curry tidak melupakan perjalanan yang telah ditempuhinya kerana imannya, dan bagaimana Yesus Kristus mula hidup di dalam dirinya.
"Saya masih mengingatinya seperti hari semalam, harinya saya menyerahkan hidup saya kepada Kristus. Saya di Darjah 4, dan saya mengingati mendengar dan mengerti Injil Yesus Kristus dan berjalan menuju mimbar untuk menyerahkan hidup saya kepada-Nya. Ibu bapa saya meneruskan dengan mencurahkan ke dalam iman saya sejak dari waktu itu, memastikan bahawa saya memahami maksud komitmen yang saya telah lakukan," katanya.
(Diterjemah oleh SDP daripada artikel Christian Today bertajuk, "NBA Superstar Stephen Curry Says He Is A Witmess For God On The Basketball Court" penulisan Czarina Ong bertarikh 13 Februari 2016)