Rabu, 17 Februari 2016

Tahukah Anda... Bangunan-Bangunan Tertinggi Dunia Pada 2015?


Bangunan-bangunan tertinggi ini adalah lebih daripada 1,400 kaki ketinggiannya, ada di antaranya melebihi tahap 2,700 kaki. Berikut adalah 10 Bangunan Tertinggi Di Dunia pada 2015;


1. Burj Khalifa, Dubai (828 m)
Burj Khalifa (kadang-kadang dipanggil Burj Dubai) adalah raja segala pencakar langit dengan ketinggian 828 meter (2,717 kaki). Burj Khalifa adalah 227 meter lebih tinggi daripada bangunan kedua tinggi, dan kini adalah bangunan tertinggi sejak dari pembukaannya pada 2010. Burj Khalifa mempunyai 163 tingkat yang kebanyakannya digunakan untuk pejabat, hotel dan tujuan kediaman.


2. Shanghai Tower, Shanghai (632 m)
Shanghai Tower telah direkabentuk oleh Gensler dan dimiliki oleh konsortium syarikat-syarikat milik negara China. Ianya bangunan tertinggi di kalangan tiga bangunan tinggi yang bersebelahan, dua yang lainnya ialah Menara Jin Mao dan Shanghai World Financial Center. Ianya setinggi 632 meter (2,073 kaki) dan mempunyai 128 tingkat untuk tujuan pejabat, pusat komersial dan hiburan.


3. Abraj Al Bait, Mekah (601 m)
Mecca Royal Hotel Clock Tower (Abraj Al Bait) kini adalah bangunan kedua tertinggi di dunia, dan bangunan tertinggi di Arab Saudi. Abraj Al Bait terletak di kota Mekah. Ianya adalah menara jam dan pencakar langit dengan menara jam terbesar di dunia. 120 tingkatnya digunakan untuk tujuan kediaman dan hotel.


4. One World Trade Center, New York (541 m)
One World Trade Center juga dikenali sebagai 1 WTC, 1 World Trade Center, dan Menara Kebebasan terletak di bahagian selatan Manhattan di New York City. Ianya terletak di tapak yang sama dengan World Trade Center yang telah dimusnahkan dalam serangan 9/11. Bangunan ini mempunyai 104 tingkat dengan ketinggian bumbung 417 meter. Pembinaan One World Trade Center telah diselesaikan pada 30 Ogos 2012, dan dijangka pencakar langit ini dijangka dibuka pada penghujung 2013 untuk tujuan pejabat, pemerhatian dan komunikasi. Kos yang dijangka untuk membina bangunan ini adalah US$3.9 bilion (2012).


5. Taipei 101, Taipei (508.1 m)
Seperti namanya, Taipei 101 adalah bangunan 101 tingkat dengan ketinggian 508.1 meter. Taipei 101 memegang rekod sebagai bangunan tertinggi dunia dari tahun 2004 ke 2010. Kerajaan Taiwan membelanjakan sekitar US$1.8 bilion untuk membina pencakar langit ini.


6. Shanghai World Financial Center, Shanghai (491.9 m)
Shanghai World Financial Center adalah bangunan 101 tingkat dengan ketinggian 491.9 meter. Ianya digunakan untuk pelbagai kegunaan - pejabat, hotel, kedai, muzium, tapak pemerhatian dan garaj meletak kereta. Pembinaan Shanghai World Financial Center telah bermula pada 1996 dan dibuka pada 28 Ogos 2008.


7. International Commerce Centre, Hong Kong (484 m)
ICC Tower atau International Commerce Centre Tower adalah bangunan komersial 118 tingkat dengan ketinggian 484 meter. Pembinaan ICC Tower telah bermula pada 2002 dan mengambil 8 tahun untuk menyiapkan pembinaannya. 


8. Petronas Towers, Kuala Lumpur (452 m)
Petronas Towers atau Petronas Twin Towers adalah pencakar langit kembar di Kuala Lumpur, Malaysia. Dengan 88 tingkat di setiap menaranya dan ketinggian 452 meter, ianya telah menjadi bangunan tertinggi dunia antara 1998 dan 2004 sehingga diatasi oleh bangunan Taipei 101. Menara kembar itu dihubungkan dengan jambatan di tingkat 41 dan 42 yang merupakan jambatan dua tingkat tertinggi di dunia. 


9. Zifeng Tower, Nanjing (450 m)
Zifeng Tower adalah pencakar langit dengan ketinggian 450 meter di Nanjing, China. Bangunan dengan 89 tingkat ini memiliki ruang pejabat dan kedai di bahagian sebelah bawahnya. Tingkat-tingkat berdekatan puncaknya terdiri dari hotel, pelbagai restoran dan tapak pemerhatian awam.


10. Willis Tower, Chicago (442 m)
Willis Tower dengan ketinggian 442 meter adalah bangunan pejabat 108 tingkat yang terletak di Chicago. Willis Tower dulunya dikenali sebagai Sears Tower. Willis Tower telah memegang rekod sebagai bangunan tertinggi selama hampir dua dekad sejak disiapkan pada 1973.