Khamis, 10 Mac 2016

Negara Ini Memiliki Populasi Kristian Yang Paling Cepat Bertumbuh Di Dunia - Anda Mungkin Akan Terkejut


Cara Injil tersebar di kalangan negara-negara dan bangsa-bangsa seringkali mengejutkan, kadangkala mengkagumkan dan sentiasa satu peringatan akan rencana besar Tuhan untuk menjangkau dunia. 

Dikenali dengan puncak-puncak pergunungan tingginya, asal-usul Hindunya dan mukabuminya yang kasar, bersempadan dengan negara China di utara dan India di selatan, timur dan barat, Nepal dulunya merupakan salah satu kumpulan bangsa yang paling tidak terjangkau di dunia. 

Itu tidak lagi keadaannya kini. 

Menurut World Christian Database, Nepal telah menjadi salah satu daripada populasi Kristian yang paling cepat bertumbuh di dunia. 

Sebuah laporan dari NPR baru-baru ini membuat liputan mengenai kebangkitan Kekristianan di Nepal dan membandingkan data bancian dari 60-70 tahun yang lalu dan angka-angkanya menakjubkan. Pada 1951 tidak ada orang Kristian tersenarai dan pada 1961, hanya terdapat 458 orang, tetapi pada 2001 sudah berjumlah lebih kurang 102,000 - dan satu dekad kemudian jumlah itu melonjak ke lebih 375,000. Satu jumlah yang sesetengah orang fikir adalah sebenarnya jauh lebih tinggi tetapi "tidak dilaporkan dengan tepat".

Apakah yang telah berubah di Nepal? Kenapakah terjadi kebangkitan Kristian secara beransur-ansur di Nepal? Sukar untuk menjelaskannya tetapi aktiviti mendaki gunung yang semakin meningkat tentu saja salah satu faktornya - dan termasuk juga bantuan kecemasan selepas gempa bumi baru-baru ini.

Nepal tidak terbuka kepada orang-orang asing sehingga 1950 apabila negara itu memberi pengecualian untuk mengizinkan pendaki-pendaki gunung memasuki sempadannya. Negara itu juga beralih dari sebuah negara Hindu ke sebuah republik komunis dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Peralihan itu telah membuka jalan kepada lebih banyak kebebasan beragama. Ianya masih salah di sisi undang-undang untuk menukar agama seseorang ke agama Kristian (atau ke mana-mana agama selain Hinduisme), tetapi penguatkuasaan undang-undang ini sudah dilonggarkan dalam tahun-tahun kebelakangan ini.

Semua ini untuk menyatakan bahawa, Tuhan sedang bekerja, dan telahpun melakukannya untuk masa yang panjang, untuk menjangkau orang-orang Nepal, dan kita mula melihat satu titik tolak peralihan dalam pertumbuhan Kristian di negara yang dahulunya tidak terjangkau ini.

(Diterjemah oleh SDP dari artikel Church Leaders bertajuk, "This Country Has The World's Fastest-Growing Christian Population - and It Could Surprise You" penulisan Brian Orme)