Walaupun kita tidak dapat melihat-Nya, kita percaya kepada-Nya |
Oleh Patrick Morley:
Menantu perempuan saya telah menghantarkan cerita ini dari penulis Hungary, Útmutató a Léleknek:
Di dalam kandungan seorang ibu terdapat dua bayi. Seorang bayi itu menanya yang satu lagi: "Percayakah kamu akan kehidupan selepas bersalin?"
Yang seorang lagi menjawab, "Ya, tentu sekali. Pasti ada sesuatu selepas bersalin. Mungkin kita di sini untuk menyediakan diri untuk apa yang kita akan jadi nanti."
"Karutlah," kata yang pertama. "Tidak ada kehidupan selepas bersalin. Apakah jenis hidup yang boleh wujud?"
Bayi yang kedua berkata, "Saya tidak tahu tapi akan ada lebih cahaya dari di sini. Mungkin kita akan berjalan dengan kaki kita dan makan dengan mulut kita. Mungkin kita ada deria lain yang kita tidak dapat fahami sekarang."
Yang pertamanya menjawab, "Itu tak masuk akal. Mustahil dapat berjalan. Dan makan dengan mulut kita? Tak masuk akal! Tali pusatlah yang menyalurkan zat khasiat dan segalanya yang kita perlukan. Tetapi tali pusat itu begitu pendik. Secara logiknya kehidupan selepas bersalin boleh diketepikan."
Yang keduanya masih menegaskan, "Saya percaya ada sesuatu dan mungkin ianya berbeza dengan apa yang ada di sini. Mungkin kita tidak perlu lagi tali pusat itu."
Yang pertama menjawab, "Karut itu. Dan lagi pula, jika ada kehidupan, kenapakah tidak ada orang yang pernah kembali dari situ? Bersalin itu adalah penamat kehidupan, dan selepas bersalin itu tidak ada apa-apa melainkan kegelapan, kesunyian dan kekosongan. Ia tidak bawa kita ke mana-mana."
"Saya tidak tahu,' kata bayi yang kedua, "tapi pastinya kita akan bertemu dengan Ibu dan dia akan menjaga kita."
Yang pertama membalas, "Ibu? Apa kamu percaya adanya Ibu? Ini lucu. Jika Ibu wujud di manakah Dia sekarang?"
Yang kedua berkata, "Dia di sekeliling kita. Kita dikelilingi olehnya. Kita datang darinya. Di dalam Dia kita hidup. Tanpa Dia dunia ini tidak akan dan tidak dapat wujud."
Yang pertama berkata, "Saya tidak dapat melihat Dia, jadi secara logiknya Dia tidak wujud."
Lalu yang keduanya pun menjawab, "Kadang-kadang apabila anda bersunyi, dan anda menumpukan perhatian dan benar-benar mendengar, anda boleh merasakan kehadiran Dia, dan anda boleh mendengar suara Dia yang penyayang, memanggil dari atas."
(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel Church Leaders bertajuk, "Best Analogy Of The Existence Of The Invisible God I've Ever Heard" penulisan Patrick Morley)