Selasa, 5 April 2016

Bahtera Nuh Bersaiz Penuh Hampir Selesai Dibina


WILLIAMSTOWN, KY  Satu replika Bahtera Nuh bersaiz penuh yang mengkagumkan sudah hampir selesai dibina di Williamstown, Kentucky, Amerika Syarikat menampilkan kebesaran bahtera yang dibuat sepenuhnya dengan kayu.

Manakala Nuh dan keluarganya menggunakan 100 tahun bekerja keras membina bahtera itu, Ken Ham dan pasukan binaannya  termasuk berpuluh-puluh tukang kayu Amish  akan mengambil masa lima tahun apabila mereka siap membina pada Julai dan ianya dibuka kepada umum.

"Kami ingin menjangkau berjuta-juta orang lagi mengenai kebenaran dalam Injil, Firman Tuhan," kata Ham yang juga adalah pengasas Creation Museum yang terletak 40 batu dari Bahtera itu. "Saya percaya Bahtera Nuh adalah peringatan terbesar yang kita ada mengenai keselamatan."

Dengan kepanjangan 510 kaki, kelebaran 85 kaki dan ketinggian 51 kaki, replika itu begitu besar ianya sebenarnya memecahkan semua rekod  menjadi binaan yang diperbuat daripada kayu sepenuhnya yang terbesar di dunia, menurut Ham.

Untuk melakukan binaan yang besar itu, Ham telah mengupah beberapa puluh orang tukang kayu Amish untuk menggunakan kemahiran seni kayu tradisi mereka untuk memenuhi syarat daripada kitab Kejadian. Bahagian dalaman bahtera akan mengandungi  tiga tingkat dan 130 bahan pameran termasuk jenis haiwan dan patung Nuh.   

Saiz amat besar bahtera itu akan menjawab keraguan pembaca kisah Kejadian mengenai Nuh.: "Bagaimanakah Nuh dapat memberi makan kepada haiwan-haiwan itu? Bagaimanakah dia dapat menguruskan bahan buangan mereka?" tanya Ham. "Kami ingin tunjukkan kemungkinan yang ada pada Bahtera itu."  

Mark Looy, pengasas bersama laman Answers in Genesis yang bekerjasama dengan projek Ark Encounter (Pengalaman Bahtera) ini berkata, "Saiz begitu besar struktur ini  lebih 500 kaki panjang  saya menggelarkan ini pengalaman yang menakjubkan." 


(Dipetik dan diterjemahkan oleh SDP daripada artikel Cross Map bertajuk, "Amish Carpenters Nearing Completion Of Life-Sized Noah's Ark" penulisan Mark Ellis, ASSIST News Service bertarikh 24 Mac 2016)