Jumaat, 27 Mei 2016

Mencari Terjemahan Baru? Bagaimana Dengan Alkitab Emoji...


Alkitab telah pun diterjemahkan ke dalam beratus-ratus bahasa, tetapi satu yang baru - dan sedikit luar dari kebiasaan - akan diterbitkan pada minggu ini: Alkitab emoji. 

Dipromosikan sebagai "Scripture for millenials" (Firman untuk generasi millennial) Alkitab itu telah diterjemahkan daripada King James Version menggunakan gambar emoticon untuk kali pertamanya. Ianya akan dilancarkan pada minggu ini, dan akan dapat dimuat turun di iTunes pada 29 Mei,

(Beberapa ayat Alkitab Emoji dari Kejadian 1:1-4)

Bercakap dengan Memo, pengarang buku itu - yang dikenali dengan hanya emoji senyuman berkaca mata - mengatakan bahawa mereka ingin Alkitab versi mereka menjadi tarikan kepada pembaca-pembaca baru. 

"Apa yang mengkagumkan mengenai emoji, dan yang telah menjadikannya begitu berjaya, ialah ianya tidak ada kecenderungan bahasa - ianya membenarkan anda menyampaikan maksud kepada sesiapa pun, tidak mengira bahasa apa yang mereka gunakan," kata mereka. 

"Satu matlamat utama seluruh projek ini ialah untuk mengambil sebuah buku yang saya fikir kurang mudah didekati oleh pembaca biasa dan berusaha menjadikannya lebih mudah didekati dengan menggantikan banyak kepadatannya."

Alkitab itu telah diterjemahkan seluruhnya, tetapi mengekalkan 85-90% daripada perkataan-perkataan yang asal. 

"Alkitab memiliki banyak bahasa lama, ada perbezaan makna yang halus dalam menterjemahkannya - banyak masa diperlukan, anda perlu memikirkan lebih daripada padanan satu kata dengan satu kata," kata pengarang itu. 

"Terdapat banyak usaha dalam percubaan melakukan terjemahan ini, dan banyak kali diulang semak. Tetapi ianya berbaloi untuk mencapai matlamat menjadikan Alkitab lebih mudah didekati, memasukkan sedikit keceriaan, dan menarik oang untuk melihatnya, dengan tidak ada ada agenda khusus yang lain."

Versi emoji itu telah juga dikongsikan di Twitter oleh @BibleEmoji.


(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel Christian Today bertajuk, "Looking For A New Translation? How About Emoji Scripture..." penulisan Carey Lodge bertarikh 25 Mei 2016)