Jumaat, 27 Mei 2016

Kisah 2 Laut Yang Pelik Di Israel


Ada sesuatu yang pelik mengenai muka bumi Israel. 

Ada dua laut di Israel.

Laut Mati. Dan Laut Galiliea.

Laut Galilea penuh dengan kehidupan. Ianya mengandungi 27 spesies ikan, ada di antaranya tidak ditemui di lain tempat di dunia. 

Di pantainya terdapat banyak burung-burung dan ditumbuh rimbun dengan tumbuh-tumbuhan. 
  

Laut Mati, sebaliknya, langsung tidak mengandungi kehidupan. Ianya toksid dan pahit. 

Namun begitu kedua-duanya diairi oleh sungai yang sama, Sungai Yordan. 

Bagaimanakah dua laut yang diairi oleh sumber yang sama menjadi begitu berbeza?

Jawapannya ialah: Laut Galilea menerima air dari satu hujung dan mengalirkannya keluar di satu hujung lagi. 

Laut Mati menerima air tetapi tidak ada tempat keluar untuk airnya. Ianya menyimpan sendiri semuanya.

Begitu juga dengan kehidupan: Jika anda hanya menerima tetapi tidak memberi, anda tidak benar-benar hidup. 

Dengan itu, hiduplah dengan memberi dan mengasihi. 
  



(Diterjemah oleh SDP daripada video "A Tale of Two Seas" yang diposkan oleh Rabbi Dov Greenberg pada 23 Mei 2016)