Selasa, 24 Mei 2016

Bintang NBA Stephen Curry: Iman Amat Penting Dalam Karir Saya


Bagi pemain MVP NBA dua tahun berturut-turut, Stephen Curry, menjadi seorang pengikut Kristus yang komited tidak bererti kita perlu membawa Alkitab pada setiap waktu dan "menghentam orang di kepala" dengannya. 

Dia berkata itulah sebabnya dia tidak menyebut ayat-ayat Alkitab setiap kali dia ditemuramah oleh wartawan. 

Curry menerangkan bagaimana dia mengamalkan iman Kristiannya dalam Majalah Fellowship of Christian Athletes FCA keluaran Mei/Jun 2016 di mana dia telah dipaparkan di kulit muka depan.

"Saya ingin orang tahu apabila mereka menyaksikan saya bermain bahawa ada sesuatu yang berbeza, bahawa saya bermain untuk sesuatu yang berbeza, dan samada saya mengatakannya (ataupun tidak), saya hanya berharap dengan cara saya membawa diri dan cara saya bermain dalam perlawanan, mereka dapat melihat sesuatu yang berbeza mengenai orangnya. Dan mereka akan mendapat tahu apakah itu dan dengan itu mereka akan tahu. Itulah sebahagian daripada siapa saya yang sebenar," Curry berkata dalam kisah utama majalah itu.

Curry berkata bahawa imannya memainkan peranan yang amat penting dalam karirnya dalam NBA.



"Saya dari dulu percaya bahawa Tuhan telah meletakkan sesuatu kemahiran ke dalam anda, dan apa pun pemberian Tuhan kepada anda, Dia mahu anda menghasilkan yang terbaik daripadanya. Dia mahu anda berjaya," kata Curry.

"Dia mahu anda mengejarnya, bekerja kuat dan menyayanginya. Ianya bukan untuk mendapatkan kemuliaan untuk diri anda; ianya segalanya untuk kemuliaan-Nya. Di situlah anda perlu mengekalkan perspektif. Bekerja kuat, lakukan segala yang anda dapat untuk mendapatkan yang terbaik dari diri anda, tetapi lakukannya untuk kehendak-Nya.

Curry berkata bahawa ibu bapanya adalah orang-orang Kristian yang komited yang sering membawa keluarga mereka ke gereja. Itu hanya merupakan rutin biasa untuknya sehinggalah dia mencapai sekolah menengah rendah di mana dia mengambil keputusan untuk menjalinkan hubungan yang lebih sungguh dengan Yesus Kristus.

"Ibu bapa saya membawa kami ke gereja pada setiap Ahad, setiap Rabu. Ianya lebih seperti satu tradisi pada waktu itu; saya tidak memiliki hubungan peribadi dengan Tuhan sehingga saya maju depan untuk panggilan mimbar pada suatu hari Ahad dan pastor muda-mudi memberitahu kami untuk membuat keputusan untuk diri kami sendiri." Curry memberitahu Active Faith dalam satu temuramah yang terdahulu. "Pastor muda-mudi itu memberitahu kami bahawa kami perlu membuat keputusan untuk diri kami, dan bahawa kami tidak boleh bersandar kepada ibu bapa kami. Ianya perlukan keputusan kami sendiri, dan di situlah saya telah mengambil keputusan itu."





(Diterjemah oleh SDP daripada artikel Christian Today bertajuk, "Christian NBA Star Stephen Curry Says He Doesn't Have To'Bash People Over The Head' With A Bible To Show His Faith" penulisan Hazel Torres bertarikh 22 Mei 2016)