Stephen Curry dengan kasut Under Armour jenama khasnya "Curry One" |
Stephen Curry telah menjawab soalan untuk lebih kurang 30 minit mengenai kasut baru Under Armour jenama khasnya. Sesi soal jawab sudah hampir penghujungnya apabila soalan terakhir dibangkitkan.
"Saya melihat 4:13 di pelapik depan kasut," seorang wakil media bertanya, "Apakah maksudnya?"
Seluruh penampilan Curry menjadi berseri. Dia duduk lebih tegak. Dia membawa mikrofon lebih dekat kepadanya. Senyuman mula melebar di wajahnya.
"Itu soalan yang bagus," kata pemain point guard Golden State Warriors itu, "Gembira anda menanyakan itu."
Dan inilah dia, diceritakan seperti mana disediakannya.
"Ianya melambangkan satu ayat Alkitab yang saya pakai di kasut saya," kata Curry. "Filipi 4:13. Ianya menyatakan 'Aku dapat melakukan segalanya melalui Kristus yang memberiku kekuatan' (AVB). Ianya juga adalah cogan kata saya, bagaimana saya mempersiapkan diri untuk permainan dan kenapa saya bermain dengan cara saya yang begitu."
"Curry One" yang baru, dirancangkan untuk dilancarkan pada 13 Februari, adalah satu pengisytiharan bahawa dia sudah mencapai kejayaan sebagai seorang bintang NBA, dan bahawa dia adalah seorang bintang yang berbeza caranya.
Kasut barunya mengisahkan mengenai pendekatannya terhadap pentas yang telah diberi kepadanya oleh jaringan loncatannya yang hebat. Ianya adalah contoh terbaru bagaimana kisahnya yang menakjubkan adalah sebahagian daripada rancangan Tuhan.
Bagi Curry, kasut itu melambangkan mengenai mengatasi rintangan, apabila diingat tidak berapa lama dahulu dia dikira tidak akan berjaya oleh kerana kecederaan pergelangan kaki yang berulangkali. Ianya melambangkan pergorbanan, sambil dia memperdagangkan reputasi dan jangkauan global dengan meninggalkan Nike secara mengejut. Ianya juga melambangkan pelayanan, yang juga adalah sebabnya kasut baru itu disertai dengan paparan rohani.
"Ini adalah DNA saya, siapa diri saya," kata Curry. "Untuk melihat impian saya dinyatakan dalam kasut pertama saya adalah sesuatu yang istimewa."
Gaya pelayanan Curry adalah sederhana. Seperti katanya, dia bukan jenis yang "menghentam orang di kepala dengan Alkitab." Tetapi pendekatannya ialah dengan menjadikan imannya begitu sebati dengan kewujudannya sehingga apabila kita mengenalinya bererti kita juga akan berhubungan dengan imannya. Pola itu juga benar dalam kasut Curry One yang baru.
Stephen Curry dengan piala kemenangan NBA All-Stars 2015 |
Curry telah menjadi salah seorang pemain paling popular di NBA. Dia adalah penerima undi paling tinggi dalam Perlawanan All-Star NBA, dan jualan jersinya adalah kedua di belakang Le Bron James.
Di gelanggang, dia adalah antara pemain yang paling digeruni. Dia telah menghadapi rempuhan berpasangan dan hadangan fizikal sepanjang musim. Namun begitu, dia masih memiliki purata 22.8 mata jaringan, 8.5 bantuan jaringan (assist), dan 4.7 jaringan pantulan (rebound) pada musim ini, sambil memimpin Warriors ke rekod terbaik di Western Conference dan dalam perjalanan dipilih lagi untuk pasukan NBA All-Star.
Tetapi apakah pentas itu tanpa suatu mesej? Dan mesej Curry secara intinya berkait rapat dengan Kekristianan. Jadi adalah tidak hairan bahawa unsur itu hadir pada kasut barunya.
Selain daripada angka ayat di bahagian depan pelapik kasut, di bahagian dalamnya ada kata-kata, "Aku dapat melakukan segalanya..." satu lagi paparan ayat kegemarannya. Curry dulunya sering menulisnya di bahagian depan setiap kasutnya (bersama dengan Roma 8:28, ayat kegemaran ibunya).
Curry dulunya juga sering menuliskan kata-kata "I can do all things" pada setiap kasutnya |
"Kita tidak mahu menakutkan orang dengan idea bahawa saya sudah sempurna atau anda perlu sempurna untuk menemukan panggilan itu," kata Curry. "Adalah sangat bermakna untuk dapat menyebarkan mesej itu, samada itu adalah sesuatu yang anda percayai atau samada ianya membantu anda menemukan apa yang memberi anda motivasi untuk melakukan segalanya. Setiap kali anda memakai kasut itu, ianya suatu peringatan yang baik mengenai apa yang mungkin berlaku."
Slogan untuk kasutnya ialah "Charged by Belief" (Dikuasal oleh Keyakinan). "Kuasa" itu diwakili oleh kusyen unik dalam kasut itu, suatu kemajuan teknologi terbaru yang dicipta oleh Under Armour di mana impak akan diserap dan ditukar menjadi satu lonjakan. Itu memberi manfaat kepada pemain seperti Curry, yang sering mengubah arah gerakan di gelanggang. Tetapi "Dikuasai oleh Keyakinan" juga menjelaskan apa yang memberi kuasa kepada Curry.
Sepanjang perjalanannya dari seorang pemain kurus di Charlotte Christian Academy yang kurang dicari sehingga menjadi pemain All-Star NBA dengan kemasyhuran antarabangsa, Curry telah dikuasai oleh keyakinan. Manakala orang-orang lain meragui kemahirannya, saiznya, pergelangan kakinya, dia terpaksa meletakkan keyakinannya kepada apa yang tidak dapat dilihatnya.
Imannyalah yang menggerakkannya untuk terus tinggal di Davidson daripada berpindah ke sekolah yang besar, walaupun selepas dia telah menjadi sensasi nasional di Kejohanan NCAA selepas memimpin pasukannya yang kurang dikenali ke Elite Eight.
Imannyalah yang telah mendorongnya untuk berusaha memperbaiki permainannya ketika para pengkritik dan penganalisa meraguinya kerana saiznya dan pertahanannya yang kurang, dengan ramai yang menggelarkannya seorang yang hanya punya satu kemahiran dan paling sesuai bermain sebagai pemain simpanan.
Imannyalah yang telah mendorongnya untuk berusaha memperbaiki permainannya ketika para pengkritik dan penganalisa meraguinya kerana saiznya dan pertahanannya yang kurang, dengan ramai yang menggelarkannya seorang yang hanya punya satu kemahiran dan paling sesuai bermain sebagai pemain simpanan.
Dan ianya pasti sekali imannya yang membantunya melalui pergelangan kaki kanan yang berulangkali terseliuh dan pembedahan berkali-kali yang telah menghambat karirnya.
"Dikuasai oleh Keyakinan" mempunyai banyak pengertian," kata Curry. "Ianya sepadan dengan kisah Under Armour, yang merupakan syarikat yang bukan pilihan yang perlu membina dari asas, dan keyakinan yang Kevin Plank miliki dalam visinya. Ianya juga mengenai iman saya dan keyakinan saya pada permainan saya meskipun apa yang mungkin dikatakan oleh orang lain.
Lebih baik percaya bahawa kebebasan untuk menggabungkan imannya dengan jenamanya ada kena-mengena dengan kenapa Curry mengambil risiko meninggalkan Nike, yang menguasai pasaran dalam pakaian dan kasut sukan. Tetapi dengan Under Armour, Curry mendapat kebebasan untuk menggunakan pentasnya sebagaimana yang dia inginkan.
Perjalanannya ke tahap ini berbeza, menjelajah dari Kolej Davidson yang kecil ke puncak senarai jualan jersi NBA. Permainannya berbeza, menggabungkan kemahiran menguasai dan menghantar bola dan visi dengan salah satu kemahiran menjaringkan yang paling berbahaya dalam sejarah liga. Dan tidak hairanlah, kini apabila dia sudah berjaya, dia akan melakukan dengan cara yang berbeza. Buktinya adalah di kasutnya.
(Diterjemahkan oleh SDP daripada artikel Rapzilla bertajuk, "Steph Curry's Sneaker A Billboard For Christian Faith" penulisan Marcus Thompson bertarikh 1 Februari 2015)
-----------------
Update Mei 2016: Jualan kasut Stephen Curry telah dijangka oleh Morgan Stanley akan mengatasi jualan kasut LeBron James untuk 2016. Kasutnya yang dijangka mencapai jualan USD160 juta juga akan mengatasi jualan kasut Kevin Durant, Kyle Irving dan Kobe Bryant yang digabungkan.
(Sumber data dan grafik: ESPN) |