Dengan bahtera itu siap untuk dibuka pada hari ketujuh bulan yang ketujuh, Ken Ham menerangkan bahawa terdapat maksud Alkitabiah di sebalik tarikh yang terpilih itu. Dia memberitahu orang ramai yang berkumpul bahawa Kejadian 7:7 menyatakan bahawa "Lalu Nuh bersama-sama anak-anaknya. isterinya, dan menantu-menantu perempuannya masuklah ke dalam bahtera" (AVB), yang mana telah mengilhamkan tarikh pembukaan itu."
Pernahkah anda membayangkan bagaimana pengalamannya untuk menaiki Bahtera Nuh?
Satu pusat tarikan di utara Kentucky yang berdasarkan kisah Kejadian sedang menarik perhatian beberapa agensi berita. Syarikat-syarikat media tempatan dan kebangsaan seperti NPR, The New York Times dan ABC News semuanya sedang memperkatakan mengenai pusat tarikan baru itu.
Ark Encounter akan dibuka kepada umum pada Khamis (7 Julai 2016). Bahtera saiz sebenar itu, yang dibina mengikut spesifikasi yang diberikan kepada Nuh dalam Kejadian 6, adalah sepanjang 510 kaki, selebar 86 kaki dan dapat menampung seramai 10,000 orang.
Dalam satu temuramah dengan agensi berita tempatan WCPO, Larry Ross berkata bahawa bahtera itu adalah "binaan kayu terbesar di dunia yang berdiri sendiri." Pusat tarikan itu sudah pun awal-awal lagi menjual beberapa ribu tiket untuk hari pembukaannya.
Foto Bahtera Nuh Di Ark Encounter Secara Dekat
Ketua eksekutif Answers in Genesis (organisasi di sebalik Ark Encounter yang juga merupakan pembina Creation Museum yang berdekatan), Ken Ham berkata bahawa dia percaya bahawa pusat tarikan itu akan menjadi "salah satu pusat penjangkauan Kristian terbesar di era ini."
Pembina-pembina Ark Encounter ini menekankan bahawa pusat tarikan itu ditujukan kepada orang-orang Kristian dan bukan Kristian. Salah satu matlamat utama mereka, selain daripada memberi gambaran nyata akan kisah alkitabiah itu, adalah untuk berkongsi Injil dengan setiap orang yang memasuki bahtera itu.
Foto Ark Encounter Di Waktu Senja
Beberapa agensi berita telah menyebut mengenai kontroversi yang telah timbul daripada pusat tarikan itu. Meskipun terdapat pandangan yang negatif itu, Ham menjangka pusat tarikan itu akan menarik seramai dua juta orang dalam tahun pertamanya.
Foto-Foto Semasa Acara Perasmian Ark Encounter (5 Julai 2016)
Foto Ark Encounter Dari Udara
(Diterjemah oleh SDP daripada artikel "Bible-Sized Noah's Ark Has National Media Flooding To Kentucky" yang ditulis oleh Megan Briggs)