Selasa, 12 Julai 2016

"Terima Kasih Yesus": Pelari Pecut Yang Dikatakan Tidak Boleh Berlumba Lagi Di Olimpik Membuat Larian Memecahkan Rekod

Pelari pecut English Gardner (di tengah) memenangi acara 100 meter dalam Ujian Kelayakan
Olimpik Trek dan balapan Amerika Syarikat untuk melayakkan diri ke Olimpik Rio 2016.

Selepas menjalani pembedahan lutut pada tahun 2008, pelari pecut Amerika, English Gardner telah diberitahu bahawa dia tidak akan dapat berlumba lagi. Tetapi doktor-doktornya tidak mengetahui rancangan Tuhan dalam hidupnya. 

Pada Ahad lepas, Gardner melayakkan diri ke Olimpik di Rio de Janeiro bulan depan, selepas dia menjadi pelari pecut keempat paling pantas Amerika dalam sejarah dan pelari pecut yang ketujuh paling pantas di dunia, CBN News melaporkan.

Gardner mencipta rekod peribadi yang baru 10.74 saat semasa memenangi perlumbaan 100 meter dalam Ujian Kelayakan Olimpik Trek & Balapan Amerika di Oregon minggu lepas. Menurut CNS Philly, masa lariannya itu akan memenangi setiap perlumbaan 100 meter Olimpik yang pernah diadakan kecuali pada 1988 apabila Florence Griffith-Joyner berlari dalam masa 10.62.

Gardner telah menyebut nama Yesus selepas dia melepasi garis penamat, "Terima kasih Yesus, Terima kasih Yesus. Oh Tuhan, saya memuji-Mu. Saya memberi kemuliaan kepada-Mu." katanya sambil memukul tanah dan berlutut seperti yang dirakam dalam video perlumbaannya yang memecah rekod. Video online itu dilaporkan telah mendapat lebih 1 juta tontonan dan menerima 15,000 likes dan kira-kira 800 komen. 




Gardner menitiskan air mata kegembiraan selepas perlumbaannya yang memecah rekod yang tidak pernah dapat dibayangkan oleh doktor-doktornya selepas dia terkoyak ACL, MCL dan lateral meniscus kanannya lapan tahun yang lepas. Kecederaan-kecederaan itu hampir menamatkan impian Gardner untuk cemerlang dalam sukannya apabila kolej-kolej menarik balik tawaran biasiswa mereka kepadanya, kecuali Universiti Oregon. 

"Saya menangis sehingga tiada air mata lagi dan menyedari bahawa saya tidak ingin merasa seperti itu lagi. Ketika saya melepasi garis penamat dan melihat keputusannya, saya tidak peduli lagi jika saya di tempat pertama, kedua atau ketiga. Saya teruja dapat dipilih dalam pasukan ke Olimpik," kata Gardner. 

English Gardner telah berjaya melayakkan diri
ke Kejohanan Olimpik Rio 2016 dengan
memenangi 100m Ujian Kelayakan
Dia berkata bahawa dia mendapat inspirasi untuk menguji keupayaannya ke tahap penghabisan dan mengatasi cabaran selepas membaca kisah alkitabiah Daud dan Goliat, Nuh dan Daniel di gua singa, menurut The Oregonian. 

Gardner kini menjadi pelari pecut wanita Amerika yang terpantas sejak Carmelita Jeter berlari 10.70 di trek yang sama di Hayward Field pada Jun 2011, menurut CNS Philly. 

Hanya Griffith-Joyner, yang persembahan-persembahannya telah dipersoalkan selama bertahun-tahun, Jeter, dan Marion Jones yang telah didapati bersalah menggunakan dadah, telah berlari lebih pantas dari Gardner dalam sejarah trek Amerika. 

Gardner akan memiliki dua kesempatan untuk memenangi pingat Olimpik kerana dia akan bertanding dalam kedua-dua perlumbaan 100 meter dan perlumbaan relay 4x100 meter. 

Acara trek di Kejohanan Olimpik Rio akan bermula pada 12 Ogos. 

(Diterjemah oleh SDP daripada artikel Christian Today bertajuk, "'Thank you Jesus': Sprinter Who Was Told She Could Never Run Again For Olimpics After Record Breaking-Run" yang ditulis oleh Hazel Torres bertarikh 10 Julai 2016)