Jumaat, 18 November 2016

Derma RM20 Dan Charlie's Cafe Akan Hantar Hadiah Christmas Shoebox Kepada Kanak-Kanak Kurang Mampu Di Borneo


Musim Krismas sudah tiba, dan sementara kita sibuk membeli hadiah untuk orang-orang kesayangan, janganlah kita lupa pada mereka yang kurang bernasib baik. 

Charlie's Cafe, sebuah restoran di Taman Bukit Desa, Kuala Lumpur, yang diusahakan oleh sebuah keluarga dari Sabah sedang bekerjasama dengan Hands4Good untuk membekalkan Christmas Shoebox (Hadiah Krismas dalam Kotak Kasut) untuk kanak-kanak kurang mampu di Sabah dan Sarawak. Anda boleh menjadi sebahagian daripada projek yang hebat ini dengan menderma sejumlah hanya RM20!




Inilah caranya:

  • Pergi ke Charlie's Cafe dan beli baucar kotak kasut bernilai RM20 di kaunter, dan anda akan mendapat sekeping resit dan sekeping kad untuk anda menuliskan nota. 
  • Charlie's Cafe dan Hands4Good akan membelikan kotak kasut (yang berisi alatulis dan makanan ringan kesukaan kanak-kanak), dan menghantarkannya ke kampung-kampung di Borneo.
  • Anda boleh mengikut perkembangan dan berita terbarunya di laman Facebook Charlie's Cafe.

Mereka meletak sasaran untuk menghantar 150 kotak kasut kepada tiga kampung: Batang Ai di Sarawak, Kampung Banggi dan Kampung Pisa di Sabah - setiap tempat akan masing-masing mendapat 50 kotak kasut. 


Foto kanak-kanak itu di Charlie's Cafe. Para penderma boleh menulis nota untuk mereka!


Jika anda tidak sempat untuk berkunjung ke Charlie's Cafe, atau anda tinggal di luar lembah Kelang tetapi masih ingin menyumbang kepada projek kotak kasut Krismas Charlie's Cafe, anda boleh menghantar mesej kepada Charlie's Cafe di Facebook atau WhatsApp +6012-8160003 untuk mendapatkan butiran bank mereka. 

Marilah kita sama-sama menyumbang untuk menyerikan Krismas bagi kanak-kanak dalam keperluan!  






(Diterjemah daripada artikel The Borneo Blog bertajuk, "Donate RM20 & Charlie's Cafe Will Deliver A Xmas Shoebox For Underprivileged Children In Borneo" yang ditulis oleh Elfie Jane bertarikh 18 November 2016)