Peguam Baru Bian mewakili tiga pemohon dari Sarawak (Foto: Sulok Tawie / The Malay Mail) |
KUCHING, 9 Februari - Mahkamah Persekutuan hari ini bersetuju untuk memberi pendengaran penuh permohonan tiga rakyat Sarawak yang memasuki Islam yang menghadapi cabaran-cabaran peringkat negeri dalam keinginan mereka untuk kembali ke agama asal mereka.
Jenry Peter alias Nur Mudzdhalifah Abdullah, Mohd Syafiq Abdullah alias Tiong Choo Ting dan Selina Jau Abdullah telah membangkitkan pertanyaan samada Mahkamah Syariah Sarawak memiliki bidang kuasa ke atas perkara murtad atau keluar dari Islam sedangkan Ordinan Mahkamah Syariah Sarawak 2001 tidak ada peruntukan mengenai masuk Islam.
Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Suriyadi Halim Omar, yang mempengerusikan panel tiga hakim berkata pertanyaan mengenai perundangan oleh tiga pemohon itu memerlukan penyelesaian oleh kerana terdapat kes-kes yang serupa di seluruh negara.
Ordinan Mahkamah Syariah Sarawak adalah perkara yang serious dan jika perundangan tidak melakukan apa-apa, bagimanakah dengan orang-orang biasa?" kata hakim itu.
Bersidang bersama Suriyadi adalah hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Belia Yusof Wahi dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha.
Tiga pemohon itu, yang diwakili oleh Baru Bian, sedang menyaman Jabatan Agama Islam Sarawak, Majlis Agama Islam Sarawak, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan kerajaan negeri untuk dibenarkan kembali ke agama Kristian.
Mereka juga memohon kepada mahkamah untuk mengeluarkan perintah kepada ketua pengarah JPN untuk menukar nama Muslim mereka kepada nama asal mereka dan agama mereka dari Islam ke Kristian dalam rekod-rekod rasmi mereka.
Mahkamah Tinggi pada 2015 telah memutuskan bahawa ianya tidak memiliki bidang kuasa untuk mendengar kes-kes murtad.
Pada Ogos lepas, Mahkamah Rayuan telah menolak permohonan mereka untuk semakan perundangan untuk mengarahkan empat responden itu mengeluarkan surat perlepasan kepada mereka sebab mereka tidak lagi mengamalkan Islam.
Empat responden itu diwakili oleh Timbalan Peguam Negeri Saferi Ali dan Shamsul Bolhassan.
Kemudiannya, Baru memberitahu para wartawan bahawa dia telah bertemu dengan Allahyarham Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem pada tahun lepas mengenai keperluan meminda Ordinan Mahkamah Syariah Sarawak.
Peguam itu mengisahkan bahawa Adenan telah berkata bahawa dia akan mengkaji perkara itu.
Baru menambah bahawa ordinan itu, seperti ordinan-ordinan lain Islam dari negeri-negeri lain, tidak menyebut mengenai mereka yang ingin keluar dari Islam.
Dia berkata bahawa tidak harus ada halangan bagi mereka yang ingin keluar dari Islam selagi mereka membuat pengisytiharan bersumpah mengikut undang-undang bahawa mereka tidak lagi mengamalkan Islam.
"Hujah kami adalah oleh kerana mereka bukan lagi Muslim, seperti disumpahkan dalam pengisytiharan bersumpah mengikut undang-undang yang mereka lakukan, Mahkamah Syariah tidak memiliki bidang kuasa ke atas mereka."
(Diterjemah oleh SDP daripada artikel The Malay Mail Online bertajuk, "Top Court Agrees To Hear Bid By Three Muslim Converts Seeking Return To Christianity" yang ditulis oleh Sulok Tawie bertarikh 9 Februari 2017)