Sabtu, 11 Februari 2017

Undang-Undang Tidak Jelas Mengenai Kes-Kes Keluar Dari Islam, Kata Peguam


KUCHING: Undang-undang tidak memberi penjelasan mengenai kes keluar dari Islam, kata ahli dewan undangan negeri untuk Ba Kelalan, Baru Bian, dan dia menambah bahawa orang-orang yang telah masuk Islam yang ingin keluar agama itu menghadapi rintangan yang besar.

Bercakap dengan Borneo Post, Baru berkata bahawa mahkamah-mahkamah sivil peringkat lebih rendah (Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan) dan Mahkamah Syariah menghadapi dilema ini oleh kerana tidak ada undang-undang yang menyatakan mahkamah-mahkamah tersebut memiliki kuasa untuk mendengar kes-kes tersebut atau membuat keputusan mengenainya. 

Baru mengatakan ini di luar Mahkamah Persekutuan beberapa hari lalu di mana dia mewakili tiga pemohon yang memohon untuk keluar dari Islam oleh kerana mereka tidak lagi mengamalkan Islam.

Hakikatnya Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan telah enggan mendengar permohonan (daripada tiga pemohon itu) dengan mengatakan mahkamah-mahkamah itu tidak memiliki bidang kuasa dan kuasa itu ada pada Mahkamah Syariah. 

"Hujah kami adalah Mahkamah Syariah harus membuat keputusan. Itulah sebabnya pemohon-pemohon itu kebuntuan. Hakim-hakim itu juga berkata, "Kami tidak dapat membantu anda."

Baru berkata oleh kerana Mahkamah Syariah telah menyatakan bahawa ianya tidak memiliki kuasa untuk memberi perintah kepada orang-orang Muslim untuk menolak iman mereka, apa lagi kepada orang-orang yang telah masuk Islam untuk keluar agama itu, maka kuasa selebihnya harus terletak pada Mahkamah Tinggi. 

"Isu ini berperlembagaan di bawah Akta 128 (Perlembagaan Persekutuan). Jika ianya berperlembagaan, dengan itu kuasa seharusnya terletak pada Mahkamah Tinggi," katanya.

Ketiga-tiga kes itu dijangka menjadi kes penting (landmark) oleh kerana kes-kes itu akan dibawa ke Mahkamah Persekutuan untuk pertama kalinya.

Mahkamah Persekutuan telah memberi izin kepada permohonan Baru untuk mendengar hujah-hujah atas soal samada kuasa Mahkamah Syariah untuk mendengar permohonan orang-orang yang telah masuk Islam untuk keluar Islam tersirat dalm Ordinan Syariah negeri itu.

Mahkamah belum lagi menetapkan tarikh untuk mendengar rayuan-rayuan yang difailkan oleh Jenny Peter alias Nur Muzdhalifah Abdullah, Mohd Syafiq Abdullah alias Tiong Choo Ting, dan Salina Abdullah.

(Diterjemah oleh SDP daripada artikel Free Malaysia Today bertajuk, "Law Still Silent On Coversion Out Of Islam, Says Lawyer" bertarikh 11 Februari 2017)